Sebelum ini kami di Murai.my pernah berkongsi beberapa artikel mengenai Tiarasa Escapes sebuah resort yang terkenal di Janda Baik, Pahang.

Aleeya Zailan Kecewa Dengan Tiarasa Escape 

Menerusi artikel terdahulu, beberapa selebriti terkenal pernah menginap disini antaranya Dato Sri Siti Nurhaliza, Datin Vivy Yusof dan ramai lagi. Namun pendedahan yang dibuat oleh usahawan popular ini menjadi sebaliknya apabila dia berhadapan dengan beberapa perkhidmatan serta keadaan resort yang ditempahnya berada dalam kurang memuaskan.

Menerusi laman Facebook nya, Pengasas Avenys dan Vitalicia.Co iaitu Aleeya Zailan telah mendedahkan beberapa insiden yang mengejutkan sewaktu dia dan keluarga menginap di sana termasuklah salah seorang pembantu rumahnya jatuh tergelincir dek kerana salah satu bilik penginapan mereka dimasuki air.

“jangan caya review artis yang semua nye indah2 belaka! penipu tu semua! adoi nyesal

dah la mahal RM1600 satu malam! tapi realitinye macam bilik RM160 satu malam”

Seperti Dianaktirikan 

IKLAN

inilah sebab i marah sgt kat Tiarasa Escapes …. sebab masa ni awal ashaari punye family dtg utk sambut bday anak dia…

Posted by Aleeya Zailan on Wednesday, July 22, 2020

Dedah Aleeya lagi, dia berasa sangat kecewa kerana seolah-olah dianaktirikan walhal kebanyakan selebriti yang berkunjung disini memberikan ulasan yang bagus. Selain faktor perkhidmatan, Aleeya turut menegaskan soal keselamatan yang harus dititikberatkan yang mana menurutnya seperti diabaikan meskipun membawa bersama anak-anaknya yang masih kecil.

Posted by Aleeya Zailan on Wednesday, July 22, 2020

Dalam carian Murai.my mengenai ulasan yang ditinggalkan oleh kebanyakan mereka yang pernah menginap disini kebanyakkannya memberi komen mengenai makanan dan servis perkhidmatan yang kurang memuaskan.

IKLAN

Namun begitu, berdasarkan rating keseluruhan, rata-rata memberikan markah dan ulasan yang bagus sepanjang mereka menginap di Tiarasa Escape.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry