Single terbaharu penyanyi popular Hael Husaini berjudul ‘Bujang’ bagaikan menceritakan pelbagai kisah mengenai dirinya dan tidak keterlaluan jika dikatakan ianya seolah-olah memberikan petunjuk bahawa tahun 2020 mungkin tahun terakhir Hael berstatus Bujang.

Luahan Hati Hael 

Ketika ditemui Murai.my, Hael tidak menolak bahawa single Bujang merupakan luahan hati hatinya sendiri selain turut mendedikasikan buat rakan-rakan seperjuangan yang turut bergelar ‘bujang’

“saya suka buat lagu yang berkonsep dan saya buat lagu Bujang sebab saya rasa ramai kawan-kawan saya yang menanti jodoh termasuklah diri saya sendiri.

“Boleh katakan ini adalah luahan hati sebab saya pun masih bujang juga”

Jawab Dakwaan Bertunang 

Menjawab dakwaan kononnya dia bakal bertunang dengan penyanyi Dayang Nurfaizah, kelihatan Hael sedikit tergamam namun tetap menerima sesiapa sahaja untuk dijadikan calon suri hatinya sekiranya ditakdirkan sebagai jodoh.

IKLAN

“Insyallah jika ada rezeki dengan sesiapa yang sudi, sampailah jodoh saya bertunang,”

“Belum lagi (dah bertunang dengan Dayang). Saya tak nak jawab, no comment. Bahaya soalan ini” jawabnya sambil bersoloh

Sudirman Tiada Pengganti 

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya susulan artikel Murai.my terdahulu mengenai komen peminat terhadap Hael Husaini seperti ‘jelmaan semula’ Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad, Hael meluahkan rasa terharu mengenai penghargaan tersebut. Namun begitu, Hael berkata pujian tersebut terlalu besar baginya dan tiada individu yang mampu menggantikan tempat Allahyarham.

“Benda itu terlalu besar bagi saya dan saya ambil itu sebagai satu penghargaan untuk diri saya. Tapi untuk meneruskan legasinya, saya rasa tidak akan ada orang yang dapat menggantikan tempatnya. Saya lebih rela menjadi diri saya,” katanya.

Hael ditemui Murai.my baru-baru ini ketika di majlis pelancaran rancangan realiti terbaharu, Immortal Songs di Farm Fresh Serdang. Rancangan ini akan ditayangkan di TV3 bermula 30 Ogos ini. Selain Hael, terdapat lebih dari 40 orang penyanyi akan turut bertanding menyanyikan lagu daripada 7 lagenda muzik tanah air.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry