Baru-baru ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan usahawan sensasi, Safiey Illias telah melakukan pembedahan menaikkan kening atau ‘eyebrow lift’ dengan anggaran kos RM30,000.

PU Syed Kecam Tindakan Safiey 

Difahamkan, pembedahan tersebut dibuat setelah terdapat kesilapan kosmetik terjadi pada mukanya sebelum ini. Bagaimanapun, pendedahan tersebut telah mencetuskan reaksi lain daripada Pendakwah Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri Al-Yahya  yang mengecam tindakannya itu.

IKLAN

Langgar Syarak 

Menerusi laman Instagram nya, PU Syed berkata tindakan Safiey atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Illias melanggar syarak dan haram di sisi agama kerana seolah-olah mengubah ciptaan Allah.

“Perbuatannya jelas haram di sisi syarak kerana mengubah ciptaan Allah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan agama.

“Lebih-lebih lagi dibuat semata-mata untuk memenuhi keinginan songsang untuk menjadi seorang wanita sedangkan jantina sebenarnya adalah seorang lelaki.”

Mahu Safiey & Sajat Ditangkap 

Tegasnya lagi, tindakan Safiey itu sememangnya berdosa dan khuatir akan menjadi ikutan orang lain kelak. Malah dalam perkongsiannya itu, PU Syed turut berharap agar Safiey dan rakannya yang juga usahawan kosmetik popular, Nur Sajat ditangkap dan diberikan pengajaran oleh pihak berkuasa.

Untuk rekod, Safiey sebelum ini telah berkongsi dan mengaku pada umum bahawa dia pernah menjalani beberapa pembedahan pada dirinya termasuk pembedahan membuang implan silikon di bahagian dadanya tahun lalu.