Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Lagu Baharu Fendy Caliph Buskers Tuju Pada Bekas Isteri?

by Khai Azfar
August 25, 2020
Share on Facebook

Salah seorang anggota kumpulan Caliph Busker, Fendy kini tampil dengan lagu baharunya berjudul Mengharapkan Mu ciptaan sepenuhnya oleh Fenelea.

Bagaimanapun, terdapat dakwaan yang beranggapan bahawa lagu tersebut merupakan luahan isi hati Fendy terhadap bekas isterinya yang juga ahli kumpuan itu, Nadira.

Hanya Telahan Netizen 

Menepis dakwaan tersebut, menurut Fendy semua itu hanyalah telahan netizen semata-mata dan enggan dikaitkan dengannya kerana masing-masing mepunyai kehidupan tersendiri. Bagaimanapun, dia tidak menolak bahawa lagu ini merupakan luahan hatinya terhadap seseorang.

“Saya tahu ada netizen mengaitkan lagu tersebut dengan bekas isteri. Ada yang kata saya kembali mengharapkan cintanya semula dan macam-macam hal lain. Tapi semua itu hanyalah persepsi mereka semata-mata.

“Janganlah mengaitkan apa-apa dengan bekas isteri. Dia pun sudah ada kehidupan tersendiri dan mungkin juga sudah bertemu dengan orang lain. Tak manis untuk terus mengaitkan kami lagi.

“Mereka boleh sahaja mengatakan apa sahaja tetapi yang tahu kebenarannya tetap saya juga. Lagu ini tidak ada kaitan sama sekali dengan bekas isteri. Ini adalah luahan hati saya terhadap seseorang,” kata Fendy menerusi edaran pada Murai.my

Kecewa Dengan Cinta 

Dedah Fendy, dia ada mengenali seorang wanita pada tahun lalu namun hubungan mereka tidak kekal lama dan berakhir begitu sahaja.

“Kalau boleh diputarkan masa, saya berharap supaya kami tidak saling kenal mengenal. Untuk apa bertemu kalau akhirnya berpisah? Saya anggap pertemuan kami pada waktu yang salah.

“Pada awalnya saya gembira kerana ada wanita celik yang mahukan lelaki buta seperti saya. Tapi apa kan daya, tiada jodoh antara kami. Kerana patah hati itu jugalah yang membuatkan saya menghasilkan lagu ini. Ini luahan perasaan yang tak kesampaian,” kata Fendy lagi.

Nafi Berpecah 

Dalam pada itu, Fendy menafikan dakwaan yang mengatakan Caliph Buskers bermasalah sehingga membuatkan dia menghasilkan lagu solo. Jelasnya, mereka masih bersama-sama namun boleh bergerak secara solo demi kelangsungan hidup. Dia juga menegaskan bahawa hubungan bersama bekas isteri masih baik dan mereka boleh bermain muzik bersama-sama tanpa sebarang dendam di hati.

“Kami masih boleh pergi bekerja dan minum bersama. Tak ada isu pun yang harus dibangkitkan memandangkan masing-masing dah move on. Cuma untuk netizen di luar sana, ada pesanan yang saya nak sampaikan.

“Kalau melibatkan bab bercerai ni, tak kisahlah celik atau tak nampak, tetap akan melaluinya. Sesiapa sahaja bergelar manusia mungkin akan melaluinya,” jelasnya

Untuk rekod, rumah tangga yang dibina bersama pemain perkusi Caliph Buskers, Nur Nadira Rubiana, 29 tahun berakhir pada tahun 2017. Namun penceraian mereka hanya didedahkan awal tahun ini. Sepanjang perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Nur Azalea Zafirah, 5 tahun.

caliph buskersFendy Caliph Buskers
https://lomp.at/hlds8
Share5Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - The Fhase
Musik

“Andai” Dari The Fhase Bawa Kisah Tentang Rindu, Penyesala & Peluang Kedua

by Nurul A.
April 28, 2026

The Fhase kini kembali dengan single kedua mereka berjudul “Andai”. Ianya sebuah karya yang membawa pendengar menyelami emosi rindu, kehilangan...

Read moreDetails
Indonesia

PETERPAN Kembali Ke Malaysia Dengan Konsert ‘The Journey Continues’ Pada 11 Julai Ini

by Naddy Joe
April 28, 2026

Selepas mencetuskan fenomena besar di Indonesia menerusi penganjuran “The Journey Continues” oleh Aloka, satu gelombang nostalgia baharu kini bersedia untuk...

Read moreDetails
Lokal

Yo Yo Raya Dari The Aura Bawa Peminat Selami Kemeriahan Hari Raya

by Naddy Joe
April 4, 2026

“Yo Yo Raya” membawa pendengar menyelami kemeriahan Hari Raya yang dirasai pelbagai  lapisan masyarakat tidak kira pangkat dan usia. Lagu...

Read moreDetails
Foto - MXI
Musik

“Di Sebalik” Kolaborasi Teristimewa MXI & Sam Bunkface

by Nurul A.
April 11, 2026

MXI melancarkan album keduanya yang berkonsepkan “Featuring Album” dengan melancarkan Single “Di Sebalik” yang menampilkan Sam Bunkface sebagai teman kolaborasinya....

Read moreDetails
Lokal

Aishah Bakal Ubati Rindu Peminat Dengan Konsert Solo ‘Aishah 40 Chapters Of Love’ Julai Ini

by Naddy Joe
April 18, 2026

Legenda seni suara tanah air, Dato’ Aishah bakal mencipta satu lagi detik bersejarah menerusi konsert solo berskala besar yang dinanti-nantikan,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  4. 4

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

  5. 5

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara