Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selera

Selepas Bukit Bintang, 15 Cawangan Lagi Kini Bergelar ‘Mekdi’

by Khai Azfar
August 27, 2020
36
KONGSIAN
Share on Facebook

Sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia, McDonald’s Malaysia sekali lagi menzahirkan jiwa Malaysia nya dengan memaparkan papan tanda Mekdi di restoran- restoran terpilih di seluruh negara. Ini juga bersempena ulang tahun ke-38 syarikat itu sejak pembukaan restoran McDonald’s pertama di Bukit Bintang.

Rakyat Malaysia Pilih 16 Cawangan Sebagai Mekdi 

Untuk rekod sebelum ini cawangan Bukit Bintang menjadi yang pertama menggunakan paparan tersebut. Papan tanda Mekdi yang merupakan panggilan tempatan untuk McD singkatan bagi McDonald’s telah dilancarkan secara rasmi dalam satu majlis yang berlangsung di restoran McDonald’s Pandu-Lalu Putrajaya baru-baru ini.

Bukan itu sahaja,sebanyak 16 restoran itu telah dipilih sendiri oleh rakyat Malaysia untuk mengundi restoran McDonald’s yang akan memaparkan papan tanda Mekdi.

Menu Baharu Di McDonald’s 

Sempena sambutan bulan kemerdekaan juga , McDonald’s Malaysia membawa sentuhan baharu kepada Nasi Lemak McD mereka yang popular. Pelanggan kini boleh menikmati Rendang Ayam sebagai pilihan hidangan sampingan tambahan bersama nasi lemak , ikan bilis rangup, timun segar, dan telur goreng, berserta sambal pedas.

Selain itu, pelanggan juga boleh memilih untuk menikmati Nasi Lemak McD bersama kepingan Spicy Chicken McDeluxe atau kepingan Grilled Chicken Burger (GCB). McDonald’s juga menyuntik citarasa tempatan kepada menu pencuci mulutnya dengan memperkenalkan McFlurry Cendol baharu, yang menampilkan keenakan Gula Melaka, cebisan kelapa, vanila berkrim cair, dan jeli Cendol.

Set Nasi Lemak McD dengan seketul Rendang Ayam dan Teh Ais Limau berharga dari RM16.99, manakala set Nasi Lemak McD dengan kepingan Spicy Chicken McDeluxe atau kepingan Grilled Chicken Burger (GCB) berserta Teh Ais Limau berharga dari RM14.99.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
mekdi
https://lomp.at/pgdzv
Share20Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem