Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

2 Lagu Dalam 1 Muzik Video! Aina Abdul Curi Tumpuan Industri Muzik

by Khai Azfar
August 28, 2020
12
KONGSIAN
Share on Facebook

Tampil dengan kejutan, selepas muncul dengan single Semalam pada Mac lalu penyanyi dan komposer Aina Abdul sekali lagi memberikan buah tangan terbaharu buat peminatnya. Bukan satu, sebaliknya Aina tampil dengan dua buah lagu yang berjudul Maybe dan Kelip-Kelip.

Cipta Kelainan

Bukan itu sahaja, Aina turut mencipta kelainan yang mana buat pertama kalinya di dalam industri muzik Malaysia menyaksikan dua buah lagu ditampilkan serentak menerusi sebuah muzik video yang digarap khas buat penggemar muzik tempatan.

“Ini merupakan kejutan yang saya rancang untuk peminat yang selama ini tak jemu memberikan sokongan. Kedua-dua lagu ini mempunyai kisah tersendiri yang menarik untuk dikongsi kepada pendengar.

Saya mula menulis Maybe dan Kelip-Kelip ketika awal tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Lagu-lagu ini merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh saya sendiri dan ia menonjolkan sisi berbeza saya sebagai Aina Abdul.

Jika sebelum ini menerusi Sumpah dan Semalam, saya mempertaruhkan lagu balada yang bernada perlahan, lagu Maybe dan Kelip-Kelip menjanjikan satu kelainan,” kata Aina kepada edaran pihak Murai.my

Selebriti Popular Puji MV Aina Abdul

Kelainan ini bukan sahaja mencuri perhatian peminat, malah selebriti popular seperti Ernie Zakri, Khai Bahar, Misha Omar turut memuji keunikan MV Maybe/Kelip2 ini. Menerusi carian Murai.my terkini, muzik video tersebut telah mendapat hampir 40 ribu jumlah tontonan kurang dari 12 jam selepas dimuatnaik di laman YouTube.

Ambil Masa Sebulan

Bercerita mengenai Maybe, menurut Aina ianya mengisahkan mengenai cinta yang bertepuk sebelah tangan dan biarpun tajuknya menggunakan Bahasa Inggeris namun liriknya ditulis dalam Bahasa Melayu.

“Tajuk Maybe dipilih untuk menonjolkan keunikan lagu ini. Biarpun menggunakan tajuk dalam perkataan Bahasa Inggeris, lirik lagu ini ditulis dalam Bahasa Melayu. Proses menyiapkan lagu ini mengambil masa selama sebulan sahaja.

“Maybe mengangkat genre pop balada yang mengisahkan tentang cinta sebelah pihak. Di awal pembikinan lagu ini, saya hanya menyiapkan bahagian korus, tapi bersama proses kolaborasi dengan bakat muda, seorang produser bernama Affan, semuanya siap seperti yang dirancang.

“Lagu ini diberi judul Maybe, kerana si gadis yang merasakan bahawa dia tidak keseorangan dalam merasakan sesuatu terhadap jejaka pujaannya itu. Tetapi, sehingga akhir, dia tidak diberi jawapan apakah lelaki itu merasakan perkara yang sama. Maybe yes, Maybe not!” ujar Aina.

Manakala lagu Kelip-Kelip yang mengambil inspirasi dari melodi lagu kanak-kanak popular Twinkle Twinkle Little Star pula membuatkan Aina memilih untuk keluar dari zon selesa.

[VIDEO] "Tak Mudah Untuk Berdiri Atas Label Sendiri, Kepuasan Dalam Berkarya"- Aina Abdul

“Kelip-Kelip bukan berentak balada tapi lagu rancak dengan penambahan koreografi, menjadikan ia satu pengalaman baru bagi untuk saya. Runut ‘Twinkle Twinkle Little Star’ menjadi tunjang idea saya sewaktu permulaan pembikinan lagu ini”

“Perbezaannya adalah persepsi lagu kanak-kanak itu ditafsirkan sebagai happy song dan dekat di hati kanak-kanak. Saya cuba twist idea dengan memasukkan elemen cinta dalam mengiring melodi Twinkle Twinkle Little Star itu”

“Idea lagu Kelip-Kelip adalah untuk menggambarkan situasi seseorang yang cuba untuk move on dari masa silam setelah dikhianati dalam hubungan percintaannya,” katanya lagi.

Muzik video Maybe dan Kelip-Kelip telah dimuatnaik di saluran YouTube Aina Abdul bermula 27 Ogos 2020, jam 9 malam manakala semua platform penstriman digital bermula pada 28 Ogos 2020.

YouTube video

aina abdulKelip-KelipMaybe
https://lomp.at/c9xtp
Share9Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Pitahati Kembali Dengan ‘Inchek Karma!’

by Naddy Joe
April 23, 2026

Band alternatif tempatan, Pitahati, kembali dengan single terbaharu mereka berjudul “Inchek Karma!”, yang bakal dilancarkan pada 24 April 2026 di bawah...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Adam Nuqris Ukir Bab Baharu Dengan ‘Alasan’

by Naddy Joe
May 4, 2026

Dalam era digital yang pantas melahirkan bakat baharu, hanya segelintir yang mampu melangkah keluar daripada ruang viral dan benar-benar membina...

Read moreDetails
Indonesia

UNGU Ubati Rindu Peminat Dengan ‘UNGU 3 DASAWARSA: Special Night In Kuala Lumpur’ 5 September Ini

by Naddy Joe
April 26, 2026

Tiga dekad dalam industri bukan sekadar satu angka, ia adalah perjalanan yang ditempa dengan jatuh bangun, evolusi dan ketahanan yang...

Read moreDetails
Foto - The Fhase
Musik

“Andai” Dari The Fhase Bawa Kisah Tentang Rindu, Penyesala & Peluang Kedua

by Nurul A.
April 28, 2026

The Fhase kini kembali dengan single kedua mereka berjudul “Andai”. Ianya sebuah karya yang membawa pendengar menyelami emosi rindu, kehilangan...

Read moreDetails
Lokal

Aishah Bakal Ubati Rindu Peminat Dengan Konsert Solo ‘Aishah 40 Chapters Of Love’ Julai Ini

by Naddy Joe
April 18, 2026

Legenda seni suara tanah air, Dato’ Aishah bakal mencipta satu lagi detik bersejarah menerusi konsert solo berskala besar yang dinanti-nantikan,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  3. 3

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

  4. 4

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  5. 5

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara