• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Pecah Amanah, Jason Lo Didakwa Guna Wang Syarikat Rakaman

by Khai Azfar
September 2, 2020
Share on Facebook

Penyanyi Jason Jonathan Lo atau lebih dikenali sebagai Jason Lo dan rakannya telah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan pecah amanah wang sebuah syarikat rakaman tahun lalu.

Untuk Kegunaan Sendiri 

Difahamkan, wang tersebut berjumlah lebih RM200,000 dan penyanyi itu serta rakannya, Muhammad Yakub Hussaini, 47, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman.Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka adalah pengarah syarikat Fat Boys Records Sdn Bhd yang diamanahkan wang berjumlah RM232,500 dan didakwa melakukan pecah amanah dengan menggunakan wang syarikat berkenaan untuk kegunaan sendiri.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di syarikat berkenaan di Mont Kiara, di sini pada 24 April dan 14 Mei 2019 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat serta denda, jika disabit kesalahan.

Diikat Jamin RM30,000

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noorhani Muhmmed Ayub menawarkan jaminan RM30,000 kepada setiap tertuduh.Peguam Alfred Chong yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan dikurangkan kepada RM5,000 dan memberitahu anak guamnya juga akan mematuhi segala syarat yang akan ditetapkan oleh mahkamah.

Jason Lo. File Picture

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM30,000 setiap seorang dan menetapkan 2 Oktober untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen. Pada November tahun lalu, Jason Lo telah dituduh di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menceroboh sebuah rumah dan memasukkan dadah jenis methamphetamine ke dalam badannya. Bagaimanapun dia mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu.

jason lo
https://lomp.at/ukbvn
Share4Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via Instagram Puteri Balqis Azizi
Gossip

15 Tahun Menderita, Ibu Puteri Balqis Bongkar ‘Belang’ Sebenar Bekas Suami

by Puteri Alia
September 5, 2022

Kisah gelap yang dilalui pelakon berbakat, Puteri Balqis bersama ibunya Norashikin Mohd Aziz yang diceritakan menerusi podcast bersama Bros Gang...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Gossip

Isu Menjadi Mangsa Gangguan Seksual, Netizen Ini Dakwa Bapa Puteri Balqis Buat Laporan Polis?

by Naddy Joe
September 6, 2022

Industri hiburan baru-baru ini digemparkan dengan pendedahan mengejutkan oleh pelakon, Puteri Balqis yang menceritakan dirinya pernah menjadi mangsa gangguan seksual...

Read moreDetails
Gossip

6 Kontroversi Selebriti Malaysia Yang Membabitkan RUMAH SYAITAN !

by Ayden Mikhael
April 22, 2018

Boleh dikatakan setiap tahun pasti akan timbul kisah selebriti Malaysia dan kelab malam (clubbing) atau lebih dikenali dengan rumah syaitan....

Read moreDetails
Gossip

Pereka Fesyen Singapura Dakwa Fazura Tiru Idea Orang?

by Khai Azfar
August 15, 2018

Isu berkaitan Fazura dan KLFW 2018 nampaknya masih lagi hangat dibicarakan. Jika sebelum ini terdapat dakwaan daripada netizen dimana pelakon...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  3. 3

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore