Saturday, July 19, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Pecah Amanah, Jason Lo Didakwa Guna Wang Syarikat Rakaman

by Khai Azfar
September 2, 2020
32
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi Jason Jonathan Lo atau lebih dikenali sebagai Jason Lo dan rakannya telah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan pecah amanah wang sebuah syarikat rakaman tahun lalu.

Untuk Kegunaan Sendiri 

Difahamkan, wang tersebut berjumlah lebih RM200,000 dan penyanyi itu serta rakannya, Muhammad Yakub Hussaini, 47, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman.Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka adalah pengarah syarikat Fat Boys Records Sdn Bhd yang diamanahkan wang berjumlah RM232,500 dan didakwa melakukan pecah amanah dengan menggunakan wang syarikat berkenaan untuk kegunaan sendiri.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di syarikat berkenaan di Mont Kiara, di sini pada 24 April dan 14 Mei 2019 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat serta denda, jika disabit kesalahan.

Diikat Jamin RM30,000

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noorhani Muhmmed Ayub menawarkan jaminan RM30,000 kepada setiap tertuduh.Peguam Alfred Chong yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan dikurangkan kepada RM5,000 dan memberitahu anak guamnya juga akan mematuhi segala syarat yang akan ditetapkan oleh mahkamah.

Jason Lo. File Picture

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM30,000 setiap seorang dan menetapkan 2 Oktober untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen. Pada November tahun lalu, Jason Lo telah dituduh di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menceroboh sebuah rumah dan memasukkan dadah jenis methamphetamine ke dalam badannya. Bagaimanapun dia mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu.

jason lo
https://lomp.at/ukbvn
Share14Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gossip

Fara Salleh Kesal Shuk Sahar Culas Tanggungjawab Sebagai Suami & Bapa!-“Hanya Tabur Sperma Kau Je Dan Blah..”

by Naddy Joe
July 9, 2025

Isteri kepada pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh akhirnya mengumumkan bahawa dia selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 26 Jun...

Read more
Gossip

Naim Daniel Hadir Ke Mahkamah Atas Pertuduhan Kes Amang Seksual, Cetus ‘Kritikan’ Netizen!-“Takde Perasaan Malu Ke?…”

Nama penyanyi dan Naim Daniel menjadi bualan netizen selepas dilihat tiba di Mahkamah Sesyen Putrajaya, pagi tadi atas pertuduhan kes...

Read more
by Naddy Joe
June 17, 2025
Gossip

[VIDEO] Che Ta Kongsi Keadaan Aisyah Dhia Rana, Netizen Terpegun!- “Tidur Pun Cantik…”

Perkongsian pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta mencuri perhatian netizen selepas merakamkan gelagat...

Read more
by Naddy Joe
June 9, 2025
Gossip

[VIDEO] Naim Daniel Bercakap Tentang Prinsip Hidup, Peminat Kongsi Video Lama

Sebuah video lama melibatkan penyanyi dan pelakon Naim Daniel kembali menjadi tumpuan di TikTok, selepas dikongsikan oleh pengguna @lucynani. Meskipun...

Read more
by Phic ARMAN
June 8, 2025
Gossip

Nazeera Sardi Didakwa Menjadi Penyondol Rumah Tangga Netizen?-“Up Konon Single Tapi..”

Tiada angin tiada ribut, nama pelakon dan usahawan Nazeera Sardi menjadi bualan ramai selepas seorang netizen mendakwa pelakon ini telah...

Read more
by Naddy Joe
June 6, 2025
Gossip

[VIDEO] Zaki Yamani ‘Tak Keruan’ Lihat Gelagat Bella Astillah & Syed Saddiq, Netizen Terhibur!-“Tak Respect Orang Single..”

Perkongsian anak lelaki kepada penyanyi terkenal Jamal Abdillah iaitu Zaki Yamani yang juga penyanyi itu mencuri perhatian netizen selepas berkongsi...

Read more
by Naddy Joe
June 5, 2025
Gossip

Muntazar Ghufran & Bella Dowanna Bersuara Isu ‘Statement’ Saidah Kamarudin-“Ada Sebab Kenapa Allah Jauhkan…”

Pelakon Bella Dowanna tampil bersuara selepas rakan karibnya, Muntazar Ghufran dikritik bekas tunangnya yang juga pelakon mendakwa Muntazar hanya mempunyai...

Read more
by Naddy Joe
June 4, 2025
Gossip

Dress & Gaun Pengantin Jaclyn Victor Buat Netizen Terpegun!-“Jac Bukan Muslim, Tapi Sangat Sopan…”

Umum mengetahui penyanyi terkenal, Jaclyn Victor kembali mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya yang merupakan seorang pensyarah, Calvin T...

Read more
by Naddy Joe
May 29, 2025
Gossip

[VIDEO] Penampilan Sabronzo DOLLA Dengan Jersi MU, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!-“Patut Kalah…”

Salah seorang anggota kumpulan DOLLA iaitu Sabronzo mengundang pelbagai reaksi selepas memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya sedang menari single...

Read more
by Naddy Joe
May 29, 2025
Gossip

[VIDEO] Fattah Amin Buat Trend Tiktok Dengan Irfan Haris, Curi Perhatian Netizen!-“Habis La Mira…”

Aktor, Fattah Amin mencetuskan rasa terhibur netizen selepas dilihat memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya bersama adik kepada penyanyi, Amira...

Read more
by Naddy Joe
May 29, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Nak Pikat Anak, Kena Pikat Menantu Dulu” – Che Ta Akui Belajar Lembutkan Hati Bakal Menantu Daripada Bekas Ibu Mentua

  2. 2

    [GAMBAR] Sultan Pahang & Tunku Azizah Hadiri Graduasi Tengku Jihan Di UK!

  3. 3

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Kanak-Kanak Bermain Dengan Fattah Amin Di New Zealand, Netizen Teruja!

  5. 5

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem