Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Jalin Kerjasama Rasmi, Kini Anda Boleh ‘Shopping’ Barang Decathlon Di Lazada

by Phic ARMAN
September 2, 2020
79
KONGSIAN
Share on Facebook

Syarikat barangan sukan terkemuka Perancis, Decathlon, telah melantik platform eDagang terkemuka di Malaysia, Lazada, sebagai rakan niaga eDagang. Kerjasama ini memperkukuhkan platform digital Decathlon dan menyokong fasa perkembangan perniagaan yang seterusnya terutama dalam menyediakan akses yang mudah bagi barangan sukan buat pelanggan di seluruh negara dan dalam talian.

“Kerjasama bersama Lazada akan memberi Decathlon peluang untuk berhubung dengan lebih ramai peminat sukan di seluruh Malaysia. Dengan kehadiran kami di Lazada, kami percaya ia dapat memberi manfaat kepada dunia sukan. Ini juga dapat memberi inspirasi kepada peminat sukan serta pendatang baru untuk merasai pengalaman bersukan yang berharga. Kami mencipta peralatan serta produk sukan yang inovatif, berkualiti dan berpatutan supaya lebih ramai orang dapat menjadikan akitiviti sukan sebahagian dari gaya hidup sihat mereka. Platform dalam talian ini memudahkan akses untuk menikmati sukan,” kata Arnaud Sauret, Pengarah Urusan Decathlon.

Decathlon boleh didapati di lebih daripada 57 buah negara. Di Malaysia, Decathlon mempunyai 5 kedai fizikal dan laman web dalam talian, decathlon.my.

Arnaud Sauret menambah,

“Sejak pandemik Covid-19, kami menawarkan penghantaran percuma melalui laman web bagi memenuhi keperluan pelanggan. Kami melihat peningkatan dalam pembelian barangan sukan dalam talian pada masa ini. Orang ramai mengalihkan tabiat
perbelanjaan mereka ke platform dalam talian, oleh itu, kami akan terus berusaha untuk
meningkatkan mutu perkhidmatan dalam talian dan memanfaatkan pasaran barangan sukan yang sedang berkembang. Lazada adalah kolaborasi strategik yang akan membantu kami memperluaskan jenama serta pelanggan kami. Ini selaras dengan strategi Decathlon untuk meningkatkan jualan.”

“Jenama-jenama di Malaysia kini memperluaskan platform digital mereka melalui e-dagang. Platform e-dagang kini telah menjadi bahagian penting dalam ekosistem runcit. Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan Decathlon dan mengalu-alukan kehadiran mereka di LazMall. Sejak pandemik Covid-19, pembelian barangan sukan dalam talian kini menjadi kebiasaan kerana keinginan untuk mengekalkan kecergasan di rumah merupakan peranan baru buat orang ramai. Dengan adanya Decathlon, ia dapat memenuhi keperluan pelanggan yang semakin meningkat di platform Lazada. Kami berharap agar dapat memberikan pengalaman membeli-belah yang lancar buat semua warga Malaysia bagi menikmati tawaran eksklusif untuk produk sukan berkualiti,” kata Leo Chow, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia.

Decathlon bergabung dengan LazMall, destinasi membeli-belah dalam talian terbesar di Asia Tenggara dan rakan terpilih untuk jenama sahih dan dipercayai dari seluruh dunia. LazMall menawarkan ruang khusus untuk mendapatkan akses terus ke 100% jenama antarabangsa dan tempatan terkemuka. Ia menawarkan tiga jaminan bagi memastikan pengalaman membeli- belah yang berkualiti: keaslian 100%, pengembalian 15 hari tanpa kesulitan, dan juga perkhidmatan penghantaran yang terjamin.

Topik Berkaitan Perang "Add To Cart" Kembali! Semak 5 Hal Penting Yang Perlu Anda Tahu Sempena Lazada 11.11

Untuk maklumat lebih lanjut dan untuk membeli, lawati laman web Decathlon dan kedai rasmi di Lazada.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
campingDecathlonhikinglazadaMembeli belah
Share77Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @alorsetarcitycouncil (IG)
Jalan-Jalan

[VIDEO] Alor Setar ‘Tembus’ Siaran Radio Korea Selatan, Rakyat Malaysia Tumpang Bangga!

by Nurul A.
June 10, 2026

Tiada siapa jangka bandar Alor Setar, Kedah dipromosikan di salah satu siaran radio terkenal di Korea Selatan sempena kempen Tahun...

Read moreDetails
Foto - Le Méridien Putrajaya
Destinasi

Bukan Sekadar Pusat Pentadbiran Negara, Putrajaya Kini Destinasi Pelancongan Serba Lengkap

by Nurul A.
July 1, 2026

Selain berperanan sebagai pusat pentadbiran, Putrajaya kini memperluaskan daya tarikannya sebagai destinasi pelancongan. Le Méridien Putrajaya, Palm Garden Hotel Putrajaya...

Read moreDetails
Foto - Hong Kong Tourism Board
Destinasi

Hong Kong Meriahkan Musim Panas Dengan Festival, Demam Bola Sepak & Ganjaran Percutian Eksklusif

by Nurul A.
June 29, 2026

Pada musim panas kali ini, Hong Kong mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk merasai kemeriahan bandar ini menerusi kempen Hong Kong Summer...

Read moreDetails
LifeXplore

Travel Nak Best, Beg Kena Betul! 5 Tips Pilih Luggage Tanpa Menyesal

by Phic ARMAN
June 11, 2026

Musim cuti memang selalu buat ramai mula “mode travel on”. Tiket dah cari, itinerary dah siap, tapi satu benda yang...

Read moreDetails
Foto - AirAsia MOVE
Destinasi

Penerbangan Ke Tokyo, Seoul & Shanghai Serendah RM77 Menerusi Jualan Mega 7.7 AirAsia MOVE

by Nurul A.
July 6, 2026

Jualan Mega 7.7 AirAsia MOVE kembali dari 6 hingga 10 Julai 2026 dengan pelbagai tawaran hebat bagi tempahan penerbangan, hotel,...

Read moreDetails
Bintan
Destinasi

Satu Pulau, Dua Resort Marriott- Ini Cara Terbaik Untuk Teroka Pulau Bintan

by Nurul A.
July 31, 2026

Bintan telah lama diiktiraf sebagai salah satu destinasi pulau yang paling mudah diakses di Asia Tenggara, semuanya hanya dengan menaiki...

Read moreDetails
Foto - Le Méridien Putrajaya
Budaya

Le Méridien Putrajaya Rai Musim Kebersamaan Dengan Koleksi Kuih Bulan

by Nurul A.
July 26, 2026

Le Méridien Putrajaya memperkenalkan Koleksi Kuih Bulan Pertengahan Musim Luruh 2026 sempena musim perayaan dan kebersamaan ini. Dihasilkan dengan penuh...

Read moreDetails
Foto - Tourism Malaysia
Destinasi

6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

by Nurul A.
June 27, 2026

Ramai rakyat Malaysia sudah lama ingin meneroka Pantai Timur, namun hasrat itu sering tertangguh. Hakikatnya, wilayah ini menyimpan pelbagai tarikan...

Read moreDetails
Foto - Star Voyager
Destinasi

StarCruises Kembali ke Hong Kong bersama Star Voyager untuk Percutian Pelayaran Musim Luruh

by Nurul A.
July 19, 2026

StarCruises bawa kembali musim percutian pelayaran ke Hong Kong apabila Star Voyager kembali dari 30 September hingga 13 November 2026....

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  2. 2

    UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

  3. 3

    Inginkan Privasi Tetapi Pihak Hotel ‘Bocor’ Tarikh Perkahwinan Cristiano Ronaldo?

  4. 4

    Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

  5. 5

    ‘Yang Bela Anjing Je Faham’- Stacy Kongsi Pengalaman Sendiri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara