Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

Kisah Perjalanan Cinta Mira Filzah & Wan Emir Astar Bakal Ditayangkan

by Khai Azfar
September 4, 2020
179
KONGSIAN
Share on Facebook

NAURA, saluran gaya hidup Muslim kontemporari dari Astro telah melancarkan program terbaharunya, ‘In Love with Mira, Sebuah Cerita Cinta’ yang bakal bersiaran mulai Isnin, 7 September, jam 9 malam, di saluran 109.

Disiarkan Selama 8 Episod 

Program eksklusif berdurasi 30 minit ini akan berlangsung selama 8 episod berturut- turut. ‘In Love with Mira, Sebuah Cerita Cinta’ mengisahkan perjalanan pelakon, pengacara, model dan usahawan jelita tanah air Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir Astar dalam mencari jawapan kepada pelbagai persoalan tentang alam rumah tangga, sebagai persiapan untuk melangkah ke fasa kehidupan yang seterusnya.

Dapatkan Nasihat Dari Pakar Motivasi 

Dalam rancangan ini, Mira dan Wan Emir telah mengadakan pertemuan mereka dengan beberapa individu disegani bagi mendapatkan nasihat dan bimbingan terbaik demi kelangsungan dan kebahagiaan hubungan kedua mempelai itu sebelum ke jinjang pelamin dan selepas akad yang menyatukan dua hati menjadi satu.

Individu-individu ini termasuklah Datuk Prof Dr Muhaya, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood, Ustaz Dato’ Badli Shah, Imam Muda Asyraf, Ustazah Asni Mansor, dan Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki. Pada malam 3 September, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman,27 telah sah bergelar isteri kepada seorang arkitek, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30 dengan sekali lafaz.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
In Love with Mira Sebuah Cerita Cintamira filzahmira filzah kahwinWan Emir Astar
https://lomp.at/4suer
Share76Tweet43SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem