Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Filem Mulan Terus Diboikot? Ini 5 Fakta Mengenainya

by Khai Azfar
September 8, 2020
Share on Facebook

Kami sudah pun menonton filem Mulan, ulasannya mungkin akan dikongsikan dalam artikel seterusnya. Pelbagai persepsi dan komen telah diberikan oleh netizen yang telah menontonnya.

Namun di sebalik kerancakan promosi filem ini, dikhabarkan terdapat beberapa negara telah memboikot tayangan filem terbitan Disney ini terutamanya para aktivis di Hong Kong. Berikut kami tampilkan 5 fakta mengenai filem yang diadaptasi dari animasi Mulan ini.

Liu Yifei Menyokong Tindakan Polis Hong Kong

Sejak beberapa bulan yang lalu, pelbagai aksi demonstrasi jalanan telah diadakan di Hong Kong berikutan mereka membantah hasrat kerajaan untuk membenarkan rakyat dari tanah besar China berhijrah ke Hong Kong .

"I support the Hong Kong police. You can all attack me now. What a shame for Hong Kong."

Hong Kong protesters call for 'Mulan' boycott after star went public in support of police https://t.co/2beVDzleHd pic.twitter.com/C55cYMlS9t

— CNN International (@cnni) August 16, 2019

Berikutan itu, pihak polis telah mengambil tindakan drastik dengan menggunakan kekerasan terhadap orang awam dan Yifei menyatakan sokongannya terhadap pihak berkuasa Hong Kong sekaligus mengundang kemarahan orang ramai.

Aktivis & Masyarakat Hong Kong Boikot Mulan

Memandangkan kenyataan Yifei sebelum ini telah tular dan menerima kecaman hebat dari masyarakat Hong Kong, filem Mulan telah diboikot oleh orang ramai. Malah sebuah hashtag #BoycottMulan turut diwujudkan termasuklah mendapat sokongan tokoh aktivis Hong Kong terkenal, Joshua Wong juga turut memboikot filem tersebut di akaun Twitter peribadinya.

This film is released today. But because Disney kowtows to Beijing, and because Liu Yifei openly and proudly endorses police brutality in Hong Kong, I urge everyone who believes in human rights to #BoycottMulan. https://t.co/utmP1tIWNa

— Joshua Wong 黃之鋒 ? (@joshuawongcf) September 4, 2020

Jadi Trending

Hashtag #Boycott Mulan turut menjadi trending di kebanyakan negara. Malah beberapa warga negara lain menyatakan sokongan mereka untuk memboikot sebagai lambang solidariti dan mendukung Hak Asasi Manusia.

Korea Selatan Boikot

Mahasiswa dan beberapa kelompok masyarakat di Korea Selatan juga pernah memboikot filem Mulan kerana menyatakan solidariti mereka. Pada Ogos lalu, mereka telah mengadakan pertemuan secara umum dan meminta pihak kerajaan untuk membatalkan tayangan filem Mulan di sana. Bagi mereka, baik Yifei mahupun sesiapa pun boleh menutup mata terhadap kekerasan yang berlaku di Hong Kong.

Yifei Jelaskan Hal Sebenar

Memandangkan tekanan terus berlaku dari orang awam, Yi fei akhirnya menjelaskan perkara yang sebenar. Menurutnya situasi kini amat rumit dan dia turut menyatakan bahawa dia bukanlah seorang daripada mereka yang menyokong gerakan itu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
mulan
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

  2. 2

    Nourul Beri Pesanan Terbuka Buat Noor Azizah- “Mudah Bercakap Bila Sudah Selamat”

  3. 3

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  4. 4

    [REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu

  5. 5

    Masuk Je Terus Jumpa Kucing! Izawa Dessert Cat Cafe Jadi Tarikan Unik Di George Town, Pulau Pinang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara