Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selera

Selain Mencegah Alzheimer, Ini 5 Kelebihan Beras Basmathi Yang Ramai Tak Tahu

by Aphit J.
September 17, 2020
via The Spruce Eats

via The Spruce Eats

43
KONGSIAN
Share on Facebook

Pemilihan beras yang baik dalam masakan sering diabaikan kita semua. Kadangkala ada yang beranggapan cukup untuk mengenyangkan perut sudah memadai. Tapi tahukan anda bahawa pemilihan beras yang bagus dapat membantu prestasi kesihatan.

Salah satu beras yang bagus untuk di makan adalah beras basmathi dan berikut adalah 5 sebab kenapa anda mesti memilih beras basmathi dalam menu harian.

Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

via Chef Mendala

Salah satu kebaikan beras basmathi adalah menurunkan tekanan darah tinggi. Kandungan potassium dan magnesium yang ada dalam beras ini dapat membantu dalam menurunkan tekanan darah tinggi terutamanya bagi yang menjadikan beras basmathi sebagai rutin harian.

Mencegah Alzheimer Dan Demensia

via Food Blog

Kandungan tiamin yang terdapat dalam beras basmathi membantu dalam meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi bagi seseorang individu. Hal ini sekaligus menunjukkan bahawa beras basmathi bagus untuk kesihatan otak sekaligus dapat mencegah penyakit Alzheimer dan demensia.

Menjaga Kesihatan Jantung

via Gourmandize

Selain membantu dalam kesihatan otak, beras basmathi juga bagus untuk kesihatan jantung. Ini kerana kandungan lemak tepu yang terdapat dalam beras seperti ini lebih rendah berbanding beras-beras biasa.

Melancarkan Sistem Pencernaan

via The Spruce Eats

Kandungan serat larut yang terdapat dalam beras basmathi sudah tentu dapat membantu dalam sistem pencernaan. Ini kerana serat yang terkandung dalam beras basmathi dapat menolong dalam pembersihan usus sekaligus mengatasi masalah sembelit.

Mencegah Pembentukan Sel Kanser

via BBC Food

Kandungan serat yang terdapat dalam beras basmathi lebih dari 20% berbanding beras biasa. Dengan tingginya kandungan serat, ia dapat membantu mencegah pengaktifan sel kanser . Jika anda mengambil beras basmathi secara rutin, ia dapat membantu mengurangkan risiko kanser, terutamanya kanser payu dara dan usus.

Jadi mungkin kita boleh bertukar kepada beras ini dalam masakan harian untuk menjaga kesihatan tubuh. Dah tahu jenis beras, mungkin anda boleh belajar cara untuk elak nasi mudah basi dan tahan lama pula.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
beras basmathijenis beraskelebihan beras basmathikesihatan dari beras basmathi
https://lomp.at/vu7a4
Share18Tweet10SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem