Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Azmi Saat Terpaksa Jual Barang Peribadi Demi Buka Studio

by Khai Azfar
September 15, 2020
20
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi yang juga vokalis kumpulan Caliph Busker, Azmi Saat menganggap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada Mac lalu memberikan hikmah buat dirinya.

Azmi Buka Studio

Menurut Azmi, ketika itu dia terpaksa mencari alternatif lain bagi mencari rezeki memandangkan segala aktiviti seni dihentikan buat sementara waktu. Biarpun begitu, Azmi berkata dia berjaya membuka sebuah studio yang telah disewa nya hasil daripada jualan barangan peribadinya di atas talian.

“Ada hikmahnya PKP terjadi, saya terpaksa fikirkan buat sesuatu. Biarpun belum nampak hasilnya, saya berjaya membuka sebuah studio.

“Saya jual barang-barang yang saya rasa boleh jual dan yang belum digunakan termasuklah sebuah seterika berkuasa tinggi bernilai lebih kurang seribu lebih yang saya beli sebelum ini. Saya jual balik seterika itu dan barang-barang lain secara online”

“Saya gunakan balik duit itu untuk sewa studio dan sebagainya” katanya kepada Murai.my.

Azmi Bawa Pulang RM10,000

Dalam pada itu, Azmi memanjatkan rasa syukur selepas berjaya menewaskan 7 lagi penyanyi popular di dalam rancangan realiti terbaharu, Immortal Songs yang bersiaran di TV3 bagi episod ketiga sekali gus membawa pulang wang tunai RM10,000. Azmi yang membawakan lagu versi baharu Penghujung Rindu dendangan asal Datuk Jamal Abdillah tidak menyangka akan berjaya pada malam itu kerana menganggap peserta-peserta lain mempunyai kekuatan vokalnya tersendiri.

YouTube video

Namun, dalam masa yang sama dia turut meluahkan rasa gembira kerana perancangannya bagi membawakan lagu yang ditulis oleh Fauzi Marzuki itu berjaya membuahkan hasil.

Azmi ditemui Murai.my usai daripada rakaman Immortal Songs yang berlangsung baru-baru ini. Program realiti itu bakal menyaksikan 8 penyanyi yang berbeza setiap minggu membuat persembahan lagu seorang lagenda dalam versi mereka sendiri. Immortal Songs akan bersiaran selama 7 minggu pada setiap Ahad jam 9 malam di TV3.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
azmi saatImmortal Songs
https://lomp.at/uybli
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem