Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selera

Spaghetti Nasi Lemak Dikecam! Ini Respon Tunku Azizah

by Khai Azfar
September 17, 2020
199
KONGSIAN
Share on Facebook

Jenama San Remo sememangnya dikenali di seluruh dunia sebagai jenama pasta yang cukup terkenal. Malah jenama ini juga merupakan antara jenama pilihan rakyat Malaysia sendiri.

San Remo Perkenal Resipi Spaghetti Nasi Lemak

Dalam pada itu, bagi meraikan Hari Malaysia syarikat San Remo di Malaysia telah memperkenalkan resipi baharu spaghetti yang diinspirasikan dari Nasi Lemak. Menggalakkan para pelanggan mencuba sendiri resipi tersebut, pada gambar cadangan hidangan mereka kelihatan spaghetti disajikan bersama telur rebus,timun, ikan bilis goreng serta kacang, kari ayam dan tidak dilupakan juga sambal yang melengkapkan segala-galanya.

Resipi Jadi Kecaman 

Bagaimanapun, terdapat segelintir netizen mempersoalkan keaslian nasi lemak yang telah dipelbagaikan dan mengecam promosi yang dijalankan oleh San Remo. Terpanggil untuk memberi komen mengenai kecaman tersebut, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menerusi hantaran di laman Instagram baginda berkongsi pendapat.

Tunku Azizah Mahu Rakyat Berbangga 

Menurut permaisuri kesayangan rakyat jelata ini, resipi tersebut tidak seharusnya dipertikaikan kerana sejak dahulu lagi spaghetti telah diguna pakai dalam resipi rakyat Malaysia termasuk rakyat di negeri Johor yang memasak laksa menggunakan spaghetti. Titah baginda lagi, rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan makanan kebangsaan ini yang boleh disajikan verstail selain turut berkongsi beberapa gambar sajian yang telah diubah suai inspirasi dari Nasi Lemak.

“Kenapalah nak marah pasal spaghetti nasi lemak,orang Johor dah lama makan laksa Spaghetti. Nasi lemak is our national food and most versatile cuba tengok gambar-gambar yang saya post ini.Lets not be petty over nasi Lemak and we should Be proud of our Nasi Lemak,” kongsi Tunku Azizah.

https://www.instagram.com/p/CFN7uU5hZLj/

[VIDEO] Gelagat Sultan Pahang & Tunku Azizah Naik Buaian, Raih Perhatian Ramai!

Rata-rata warganet turut bersetuju dengan pandangan baginda serta turut berbangga kerana sajian ini menjadi kegemaran rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
nasi lemakSpaghetti Nasi Lemaktunku azizah
https://lomp.at/zo47h
Share86Tweet47SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem