Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

Jom Intai 5 Lokasi Sejarah Yang Perlu Dilawati Di Negeri Selangor

by Aphit J.
September 20, 2020
54
KONGSIAN
Share on Facebook

Setiap negeri pasti akan ada sejarahnya sendiri. Begitu juga dengan Selangor, terdapat pelbagai lokasi dan destinasi yang patut anda kunjungi sekiranya anda ke negeri ini. Berikut adalah 5 lokasi sejarah yang perlu dilawati jika anda berada di Selangor.

Pantai Morib, Kuala Langat

via Trip Advisor

Pantai yang panjangnya sejauh 3 km menghadap Selat Melaka, merupakan sebuah tapak yang bersejarah penting sewaktu ketika dahulu. Pada tahun 1945, pantai ini merupakan simbol bagi tempat kedatangan tentera Inggeris ketika Perang Dunia Kedua untuk merampas Tanah Melayu dan menjadi tempat pertahanan daripada serangan Jepun sekaligus menandakan pengakhiran Perang Dunia Kedua di rantau ini.

Bukit Belanda, Kuala Selangor

via Tourism Selangor

Dikenali sebagai Kota Ultrech sempena nama rasmi kapal Belanda semasa zaman penaklukan Belanda yang telah menewaskan Raja Haji Fisabilillah di Teluk Ketapang. Bukit ini juga merupakan kubu pertahanan Belanda yang pertama dan strategik kerana tempatnya yang tinggi dan mudah untuk melihat musuh dari jauh.

Bukit Melawati, Kuala Selangor

via Tourism Selangor

Bukit Melawati merupakan Ibu Pejabat perang dan Kubu Kerajaan Kesultanan Selangor sejak abad ke-18 dimana pernah terjadinya pergaduhan antara Belanda, Johor dan Riau. Di sini, anda akan dapat menikmati pemandangan yang menyenangkan merangkumi seluruh Daerah Kuala Selangor pada waktu matahari terbit dan terbenam.

Bandar Diraja Klang, Klang

via Tourism Selangor

Dikenali sebagai salah satu bandar tertua di Malaysia, Klang menjadi ibu kota kerajaan sebelum ditukar kepada Kuala Lumpur. Bandar Klang merupakan lokasi yang terkenal di seluruh dunia dalam penghasilan bijih timah seawal abad ke-15.

Istana Bandar Jugra, Kuala Langat

via Dkampung Bandar

Pada asalnya Istana Bandar ini merupakan Pusat Pemerintahan Kerajaan Selangor sejak lebih dari 100 tahun dan reka bentuk bangunan adalah dari seni bina tempatan dan kolonial British. Kini Istana Bandar ini dijadikan Galeri Diraja atau “living museum” untuk dilawati oleh pengunjung malah dijadikan pusat pengajian Al-Quran oleh Jabatan Agama Islam Selangor.

Tahun Melawat Selangor 2025 Dilancarkan di Shanghai, Sasar Tarik Lebih Ramai Pelancong China

Jadi apa tunggu lagi, jom kita pergi melawat tempat bersejarah yang terdapat di Selangor. Selain dapat bergambar, kita juga dapat mempelajari sejarah terbentuknya negeri Selangor ini.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
tempat bersejarah di selangortempat menarik di selangortourism selangor
https://lomp.at/xzbb0
Share25Tweet12SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem