Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Buat Kejutan! Zoey Rahman Hadiahkan Ibu & Bapa Rumah Harga Setengah Juta

by Khai Azfar
September 21, 2020
29
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon, pengacara dan usahawan Zoey Rahman membuat kejutan apabila dia menghadiahkan sebuah rumah jenis kondominium di Cheras buat ibu dan bapa tercinta.

Buat Kejutan

Pengumuman itu dibuat sendiri oleh Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abd Rahman,35 ketika di majlis pelancaran produk kosmetik dan kecantikan miliknya, Mikaseries For Superstar di Magica, Quill City Mall pada Jumaat baru-baru ini. Menurut Zoey ketika ditemui Murai.my, kejayaan dalam hidupnya kini tidak akan bermakna tanpa restu dan doa ibu bapanya.

Dedah Zoey, kedua-dua ibu bapanya tidak tahu mengenai kejutan ini dan mereka hanya datang ke majlis pelancaran kerana ingin memberi sokongan terhadap pelancaran produknya.

“Keluarga saya memang tak tahu saya nak buat kejutan hadiahkan rumah kepada ibu bapa saya. Saya hanya cakap dengan mereka, hari ini untuk majlis makan-makan biasa sahaja,” kongsi Zoey.

Berkat Doa Ibu Bapa 

Dalam pada itu juga, Zoey turut berkongsi nasihat ibu bapanya yang sering membimbing dan mengingatkannya mengenai kepentingan menjaga solat selain turut menjadi pendengar setia ketika berhadapan dengan masalah.

“Selama ini, mereka menjadi pendengar setia apabila saya berdepan masalah, sering membimbing saya dan mengingatkan saya supaya menjaga solat.

“Sejujurnya, saya percaya berkat doa ibu bapa membuatkan saya sampai ke tahap ini. Sudah beberapa tahun perniagaan ini berjalan lancar dan kuasa doa mereka amat luar biasa,” tambahnya lagi.

Mengenai Mikaseries, Zoey telah memulakan perniagaan berasaskan produk kosmetik dan pakaian ini sejak 5 tahun yang lalu. Bagi tahun 2020, Zoey meluaskan lagi empayarnya apabila dijemput oleh platform e-dagang Shopee untuk menyertai Skuad Selebriti Shopee yang mana produk ini merupakan antara 10 teratas dalam kategori Kesihatan dan Kecantikan di Skuad Selebriti Shopee.

Zoey Terkedu Sepupu Maut Bas UPSI-"Mahu Sambung Belajar Luar Negara, Rupanya Ke Negeri Abadi"

Menjelang penghujung tahun 2020, Mikaseries boleh didapati di 50 buah cawangan WATSONS seluruh Malaysia sebagai permulaan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
zoey rahman
https://lomp.at/k07gd
Share13Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem