Trailer Siri WandaVision Dipertontonkan Secara Rasmi!

Sedikit sinopsis mengenai siri WandaVision, kedua-dua adiwira ini telah kembali ke masa dahulu yang mana mereka terbabit dalam sebuah sitkom klasik.

Mesti Baca

Sebentar tadi drama bersiri aksi yang ditunggu-tunggu ramai, WandaVision telah dipertontonkan trailer nya secara rasmi di semua platform media sosial bersempena dengan Emmy Awards 2020.

Trending Di Twitter 

Meninjau di laman Twitter, #WandaVision turut trending apabila peminat menyatakan rasa teruja mereka untuk menonton kisah yang lebih mendalam mengenai watak Marvel, Wanda Maximoff atau juga dikenali sebagai Scarlet Witch bersama kekasihnya, Vision.

Bakal Ditayangkan Tidak Lama Lagi

Dalam pada itu, pihak Disney telah mengumumkan siri ini akan ditayangkan tidak lama lagi secara eksklusif menerusi platform Disney+.

Sedikit sinopsis mengenai siri WandaVision, kedua-dua adiwira ini telah kembali ke masa dahulu yang mana mereka terbabit dalam sebuah sitkom klasik. Bagaimanapun, mereka mula menyedari bahawa segala-galanya yang terjadi bukanlah seperti yang diharapkan mereka sebelum ini.

Disney+ boleh ditonton secara atas talian di beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, Belanda, Australia, New Zealand, Puerto Rico, Austria,Jerman, Ireland, Itali, Perancis,Spain, Switzerland, India dan United Kingdom. Bagaimanapun langganan ini masih belum disertakan di Asia Tenggara termasuk Malaysia.

View this post on Instagram

Welcome to #WandaVision. Coming soon to #DisneyPlus.

IKLAN



A post shared by Marvel Entertainment (@marvel) on

Terkini

Rahsia Kecantikan Kulit Glowing Pelakon Bollywood – Kareena Kapoor

Siapa yang tidak mengenali pelakon cantik Bollywood ini, Kareena Kapoor. Pelakon filem Kabhie Kushie Kabhie Gham ini walaupun usianya...

Artikel Berkaitan