Penyanyi antarabangsa, Zayn Malik,27 sebentar tadi mengumumkan khabar gembira yang mana isterinya yang juga model popular antarabangsa, Gigi Hadid telah selamat melahirkan bayi sulung mereka.

Timang Bayi Perempuan 

Menerusi laman media sosial nya, bekas ahi kumpulan One Direction itu berkongsi foto tangannya memegang erat jari anak mereka selain turut mengumumkan menimang seorang bayi perempuan.

“anak perempuan kami kini disini, sihat dan cantik. Sukar untuk gambarkan dengan kata-kata dengan apa yang saya rasakan ketika ini”

“Kasih sayang yang saya berikan untuk manusia kecil ini melebihi segala-galanya. Saya bersyukur dapat mengenalinya, berbangga untuk menganggapnya sebagai kepunyaan saya dan berterima kasih untuk kehidupan yang bakal kita hadapi bersama” kata Zayn.

IKLAN

Pernah Beri Petunjuk 

Pada sambutan hari lahir Gigi yang ke 25 pada April lalu, Gigi telah memberi petunjuk bahawa dia bakal bergelar sebagai seorang ibu tidak lama lagi. Malah Gigi turut berseloroh ketika sesi fotografi pertama nya bersama ‘baby bump’ dengan menganggap dia sedang membesarkan seorang bidadari. Ketika sambutan hari lahir itu juga peminat menjangkakan Gigi bakal adakan parti pendedahan jantina bayinya namun ternyata sangkaan itu meleset.

Sebaliknya, adik kepada Bella Hadid ini hanya terus berteka teki memberi petunjuk termasuklah hiasan belon yang disertakan pita pelekat berwarna merah jambu dan biru. Ketika ini,berita pasangan ini menimang cahaya hangat diperkatakan di seluruh dunia.