Zayn Malik Umumkan Tidak Lagi Bergelar Muslim. Ini Reaksi Peminat

Mesti Baca

Baru-baru ini penyanyi antarabangsa, Zayn Malik telah ditemubual oleh sebuah portal antarabangsa. Dalam sesi temubual tersebut, Zayn turut ditanyakan mengenai status agama nya.

Zayn Umum Keluar Dari Agama Islam

Zayn yang merupakan penyanyi kacukan British Pakistan ini membuat kejutan dengan mengumumkan bahawa dia tidak lagi menganut agama Islam.

Terdahulu, pelantun Pillow Talk ini telah menyambut Aidilfitri bersama Gigi Hadid dimana gambar tersebut turut memberi semangat kepada peminat-peminatnya mengenai agama Islam.

“Jujurnya saya tidak pernah bercakap pada umum mengenai agama kepercayaan saya. Apa yang saya boleh katakan, saya bukanlah seorang muslim”

Peminat Terkejut

Mengetahui akan khabar berita tersebut, pelbagai reaksi telah diberi peminat di laman sosial. Rata-ratanya begitu terkejut dan kecewa kerana Zayn membuat kenyataan tersebut. Dalam perkembangan lain, Zayn akui tidak bercakap dengan ahli kumpulannya terdahulu, One Direction sejak meninggalkan kumpulan tersebut pada 2015. Zayn kini muncul solo dan bakal kembali dengan album kedua nya tidak lama lagi.

SourceThe News

Terkini

Rahsia Kecantikan Kulit Glowing Pelakon Bollywood – Kareena Kapoor

Siapa yang tidak mengenali pelakon cantik Bollywood ini, Kareena Kapoor. Pelakon filem Kabhie Kushie Kabhie Gham ini walaupun usianya...

Artikel Berkaitan