Program realiti Big Stage 2020 mencatat satu rekod baharu apabila buat pertama kalinya menyaksikan seramai 5 orang peserta lelaki berjaya ke peringkat akhir pada minggu hadapan.

Farisha Iris Gagal Mara Ke Peringkat Akhir 

Satu-satunya peserta wanita yang tinggal, Farisha Iris terpaksa mengucapkan selamat tinggal pada program itu selepas diumumkan sebagai peserta pertama tersingkir dalam konsert separuh akhir. Dalam persembahannya, Farisha mendendangkan dua buah lagu iaitu Semalam nyanyian asal Aina Abdul dan duet bersama Syamel menerusi lagu Ratusan Purnama.

Qody Hampir Tersingkir 

Tidak lama kemudian, Qody Rany mengejutkan penonton di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan peminat apabila diumumkan sebagai peserta kedua tersingkir pada malam itu.

Bagaimanapun, ianya hanya sekadar gimik apabila hos rancangan itu, Alif Satar dan Sherry Al-Hadad mengumumkan Qody akan turut bersama empat lagi peserta lelaki iaitu Usop, Azzam Sham, Fadh Majid dan Dinie Rashid mara ke peringkat akhir.

IKLAN