Usahawan kosmetik sensasi yang juga anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri, Liana Rosli menerusi laman Instagram nya menegaskan produk di bawah jenamanya selamat untuk diambil.

Akui Didenda

Kenyataan itu dibuat Liana atau juga dikenali sebagai Kak KM apabila dibanjiri dengan pelbagai persoalan dan komen mengenai keselamatan produknya selepas media tempatan melaporkan anak kepada Normah didenda sebanyak RM10,000 oleh Mahkamah Majistret semalam.

Dalam pada itu akui Liana dia telah didenda dan menjadi tumpuan media ketika berada di mahkamah. Bagaimanapun, kesalahan tersebut menurutnya bukanlah kerana faktor merbahaya sebaliknya atas kesalahan memiliki produk tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk jualan.

“Terima kasihlah yang prihatin dekat Kak KM, yang kesian yang tanya betul tadi pagi ke Kak KM ada dekat Mahkamah. Betul, tak salah orang lagi”

Kita tak bersalah.Yang pasti bukan Sweet Dara, bukan jamu Kak KM yang punya pasal ini. Yang punya pasal, produk Kak KM lagi satu hal-hal pasal lambat keluar kelulusan KKM. Benda itu tak ada apa, dah settle. Syukur Alhamdulillah,terima Kasih Ya Allah dipermudahkan” katanya menerusi video tersebut.

IKLAN

Tidak Tolak Disabotaj

Namun begitu, menerusi hantaran seterusnya Kak KM tidak menolak terdapat pihak yang cuba mensabotaj perniagaannya ketika produk sedang laris di pasaran.

“Biasalah bila kau dah kaya, bila kau dah berniaga yang memang maju, laris tak ada orang boleh beat kau lagi, mulalah datanglah pengkhianat, datang orang yang dengki dengan kau, datanglah b*** ham***, biasa.. tapi kita? relax lah, kita tak ada buat salah apa-apa dengan kau” tambahnya lagi.

Semalam, Majistret M Barath menjatuhkan hukuman terhadap Rose Azlin ,46 tahun, selepas wanita yang juga kakak kepada Liana mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.Mahkamah turut memerintahkan Rose Azlin selaku orang kena saman (OKS) dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar jumlah denda itu.

Mengikut pertuduhan, Rose Azlin didakwa memiliki sebanyak 99 paket produk KM Sampah Cleanse untuk jualan di Subang Jaya pada 11.20 pagi, 21 Januari lalu.

IKLAN