Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Dipanggil SPRM, Netizen Banjiri Ruangan Komen Instagram Shuib

by Khai Azfar
October 2, 2020
Share on Facebook

Semalam, di media sosial hangat memperkatakan mengenai pasangan selebriti dan usahawan Shuib Sepahtu dan Siti Sarah yang dikatakan telah dipanggil ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya berkenaan isu penggubahan wang haram.

Dijemput Pada Jam 4 Pagi 

Menerusi media tempatan, terdapat pasangan selebriti dilaporkan telah dijemput di kediaman mereka kira-kira jam 4 pagi Khamis dan sehingga jam 7.30 malam tadi, pelakon lelaki itu dikatakan masih berada dalam siasatan. Sementara isterinya yang juga seorang penyanyi telah dilepaskan petang semalam selepas keterangannya direkodkan.

Turut difahamkan, terdapat seorang lagi usahawan terkenal tampil di ibu pejabat SPRM kira-kira jam 5 petang dan tersebut dijalankan oleh Unit Siasatan Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM.

Ekoran itu juga, netizen mula membanjiri ruangan komen Instagram Shuib dengan pelbagai pertanyaan selain turut mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan.

Pihak Pengurusan Tampil Beri Kenyataan 

Dalam perkembangan lain, pihak pengurusan mereka iaitu Indigital Music tampil memberi penjelasan.

“Seperti mana berita yang tersebar sejak petang tadi(Khamis), pihak kami ingin membuat penjelasan mengenai apa yang berlaku melibatkan Shuib Sepahtu dan Siti Sarah Raissuddin yang telah dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

“Buat masa ini pihak kami tidak dapat mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berkenaan perkara tersebut kerana tidak mahu mengganggu siasatan pihak SPRM bagi menghormati sistem perundangan negara kita.

“Untuk makluman hanya keterangan Shuib sahaja yang diambil oleh pihak SPRM manakala Sarah hanya menemani suaminya sahaja.

“Namun apa yang kami dapat pastikan adalah kerjasama sepenuhnya telah diberikan kepada pihak SPRM untuk membantu siasatan.

“Setakat ini sahaja penjelasan yang dapat kami berikan berkenaan isu ini kerana pihak kami turut masih menunggu perkembangan selanjutnya dari pihak SPRM,” kata Nana Mohd Rom dalam kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, SPRM juga tidak menolak kemungkinan akan memanggil beberapa lagi individu lain yang turut terbabit dalam siasatan kes serupa.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Shuib SepahtuShuib Sepahtu SPRM
Share4Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

  4. 4

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

  5. 5

    Saluran TV6 RTM Tamat Siaran Mulai 1 Julai, Peminat Luah Kecewa,- “Janganlah Tutup…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara