Di pasaran sekarang ini terdapat pelbagai jenis telur ayam dengan gred yang berbeza-beza. Tetapi tahukan anda, warna kuning telur ayam juga berbeza kerana beberapa faktor. Ini adalah penjelasan mengenai perbezaan warna kuning telur menurut Masak30menit.

Perbezaan Warna Mengikut Pengambilan Makanan

via Eat Now

Warna kuning telur ayam berbeza disebabkan oleh pengambilan makanan yang dimakan oleh ayam tersebut. Ayam yang memakan makanan yang mengandungi pigmen oren yang tinggi akan menghasilkan warna kuning yang lebih pekat berbanding ayam yang memakan gandum dan jagung. Ini sekaligus menyebabkan warna kuning telur akan menjadi sedikit pudar daripada yang lain.

Warna Kuning Pekat Mengandungi Omega 3 Yang Tinggi

via Medical News

Menurut Masak30menit, kajian yang dilakukan terhadap warna kuning telur tidak memberikan kesan apa-apa terhadap kandungan gizi. Tetapi telur yang berwarna pekat mempunyai kandungan betakerotin dan omega 3 yang tinggi serta bagus untuk kulit dan jantung.

Bentuk Kuning Telur Mempengaruhi Tahap Telur

via Eat This

Bagi yang ingin mengetahui bahawa telur yang dibeli masih elok dimakan ataupun tidak adalah dengan melihat bentuk kuning telur tersebut. Sekiranya bentuk kuning telur tidak pecah, maka telur tersebut dalam keadaan yang baik untuk dimakan. Sebaliknya bagi kuning telur yang mudah pecah, elakkan memakan telur ini kerana telur berkemungkinan sudah tamat tempoh.

Diharapkan penjelasan di atas dapat memberikan anda serba sedikit panduan dan tip mengenai warna kuning telur ayam.