Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Nafi Ditahan Reman, Peguam Sahkan Shuib & Siti Sarah Hanya Beri Keterangan

by Khai Azfar
October 5, 2020
Share on Facebook

Sejak beberapa hari yang lalu, nama pasangan selebriti Shuib Sepahtu dan Siti Sarah hangat diperkatakan kononnya mereka telah ditahan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan kes pengubahan wang haram.

Enggan Komen Lanjut

via Instagram Siti Sarah

Dalam pada itu, menerusi kenyataan peguam pasangan ini yang diedarkan pada pihak Murai, mereka tidak boleh mendedahkan sebarang intipati berkenaan kehadiran dan sebab mengapa mereka hadir di pejabat SPRM buat masa ini memandangkan ia masih berada di dalam peringkat siasatan SPRM dan sebarang kenyataan mahupun keterangan berkenaan perkara tersebut akan mengganggu proses siasatan SPRM.

Shuib Dan Sarah Tidak Ditahan 

Seperti yang telah dinasihatkan oleh mereka dan untuk menghormati proses perundangan negara, anakguam (Shuib dan Siti Sarah) mahupun pihak pengurusan mereka tidak digalakkan untuk mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara tersebut. Malah mereka turut mengesahkan bahawa pasangan ini tidak pernah ditahan sama sekali dan hanya hadir bagi membantu siasatan.

“Ingin kami sahkan disini bahawa anakguam kami tidak pernah ditahan reman oleh pihak SPRM mahupun terdapat sebarang permohonan reman dibuat keatas anakguam kami memandangkan kehadiran beliau di Pejabat SPRM hanyalah untuk memberi keterangan sahaja dan anakguam kami telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak SPRM sepanjang keterangan beliau diambil.

Untuk makluman rakaman keterangan beliau telah diambil dan selesai pada hari yang sama. Beliau kemudiannya telah dibenarkan pulang setelah selesai proses tersebut manakala kehadiran Puan Siti Sarah hanyalah untuk menemani suami beliau sahaja” kata peguam Encik Muhammad Fadhli M. Sutris dari Fadhli Sutris & Associates.

Dengan kenyataan tersebut, pihak peguam sekali lagi menegaskan tiada sebarang tangkapan mahupun permohonan reman dibuat terhadap kedua-dua anakguam seperti yang telah dilaporkan beberapa media sebelum ini dan kesemua kenyataan yang bertentangan dan tular adalah tidak benar sama sekali.

Watie Hanifiah Akui Bukan Ibu Tiri Sempurna, Tapi Kasih Sayang Buat Anak-Anak Shuib Terima Seperti Ibu Kandung

Terdahulu Murai.my melaporkan Shuib telah disoal siasat selama hampir 23 jam oleh SPRM bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes pengubahan wang haram mengikut Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM 2001.

Error happened.
shuibShuib Sepahtu SPRMsiti sarah
https://lomp.at/hzui5
Share4Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara