Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Azzam Sham Sebak, Mahu Ubah Nasib Keluarga

by Khai Azfar
October 6, 2020
125
KONGSIAN
Share on Facebook

Juara Big Stage 2020, Azzam Shah berhasrat ingin mengubah nasib keluarganya selepas ini. Enggan mensia-siakan peluang yang ada selepas ini, Azzam atau nama sebenarnya Muhammad Azzammuddin bin Lop Hisham,23 nekad untuk bangkit semula melebarkan sayap dalam industri seni.

Azzam Sebak Teringatkan Pesanan Ibu

Bercakap mengenai kejayaannya dalam program realiti itu, Azzam ketika ditemui Murai.my meluahkan rasa sebak apabila ibu tercinta sempat menitipkan doa sebelum dia membuat persembahan. Malah persembahan pertamanya yang mendendangkan lagu nyanyian Dato Sri Siti Nurhaliza berjudul Aku Bidadari Syurgamu itu turut didekasikan buat ibunya sama seperti persembahannya 11 tahun lalu dalam sebuah program realiti lain.

“Sebenarnya saya sebak untuk bawakan lagu ini sebab ibu sempat masuk ke bilik persiapan saya dan berpesan ‘Abang, kau buat je yang terbaik’. Setiap kali teringatkan pesanan ini, pasti saya akan menitiskan air mata sebab kejayaan ini adalah berkat doa ibu sebelum saya membuat persembahan.

Benda itu dah cukup besar untuk saya, saya tak minta banyak cuma ingin berkat doa sahaja. Doa ibu dan ayah sangat penting, Tanpa mereka tak mungkin saya mampu berdiri membuat persembahan atas pentas” katanya sebak.

Ingin Ubah Nasib Keluarga 

Dalam pada itu, Azzam yang berjaya membawa pulang hadiah kemenangan wang tunai RM100,000 tidak mempunyai sebarang perancangan terperinci untuk perbelanjaan wang tersebut. Namun, matlamatnya selepas ini adalah ingin menggembirakan ibu bapanya dan turut berhasrat memiliki sebuah kereta kelak.

“Ubah nasib keluarga pun satu impian saya sebab saya nak bagi keluarga saya senang sedikit. Insyallah ini adalah satu ruang untuk saya membina karier saya seterusnya dan secara tak langsung memberi kesenangan kepada keluarga khususnya ibu dan ayah” kata Azzam kepada Murai.my

Pentas akhir Big Stage 2020 telah menobatkan Azzam sebagai juara edisi kali ini menewaskan saingan terdekatnya, Usop. Manakala Qody Rany berada di tangga ketiga. Dinie Rashid dan Fadh Majid pula masing-masing berpuas hati di kedudukan keempat dan kelima.

Azzam Sham
https://lomp.at/sz6ys
Share55Tweet29SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem