Pelakon Hairul Azreen menerusi hantaran di laman Instagram memaklumkan bahawa ibunya, Habsah Desa telah diserang strok dan tekanan darah tinggi.

Dimasukkan Ke Hospital

via Instagram Hairul Azreen

Difahamkan, ibunya telah dimasukkan ke wad di sebuah hospital swasta sejak beberapa hari yang lalu dan pelakon filem PASKAL ini bergilir-gilir dengan adik-beradiknya bagi menemani ibu tercinta. Dalam hantaran tersebut, Hairul turut berkongsi sekeping gambar ibunya yang sedang berehat.

“Mak saya kena stroke, tekanan darah tinggi. Doa mak saya sihat. Lepak berdua dengan mak kat hospital,” kongsi Hairul Azreen pada kapsyen gambar tersebut.

Dalam pada itu, ramai rakan-rakan selebriti dan peminat membanjiri ruangan komen hantaran suami kepada pelakon dan pengacara, Hanis Zalikha dengan pelbagai ucapan khususnya mendoakan kesihatan ibu Hairul.

Sebagai info,Hairul Azreen telah berkahwin dengan Hanis Zalikha pada 8 Jun 2015 dan hasil perkahwinan mereka kini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

IKLAN