Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Bukan Sihir! Pengasas Jamu Mak Dara Dedah Rahsia Terapi Muzik

by Khai Azfar
October 8, 2020
62
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa sangka, dua tahun yang lalu personaliti yang tidak asing lagi dikalangan selebriti tanah air ini diuji dengan kesihatan diri dan masalah peribadi sehingga hampir hilang empayar perniagaannya, Jamu Mak Dara.

Hikmah Ujian Allah 

Tidak mahu mengalah, Syed Muhammad Gadaffi Syed Ali atau juga dikenali sebagai Abib Syed Ali menyifatkan pengalamannya bertemu dengan seorang yang mengajaknya mencuba satu terapi sememangnya cukup bertuah.

Menepiskan segala tohmahan kononnya terapi ini dilihat seperti sihir, sebalikya Abib berkata terapi menggunakan alat muzik itu membuka satu laluan baru buatnya untuk mengenal diri dan percaya bahawa setiap ujian Allah beserta hikmah.

“Saya hampir hilang semunya, saya diam dan diuji sakit. Dalam pada itu saya meneliti satu persatu kaedah untuk mendapat semangat.

“Alhamdulillah saya bertemu dengan kaedah terapi yang dikenali sebagai Sound Healing. Saya cuba, dan dengan izin Allah saya lalui hari dengan lebih positif dengan saya yang baharu,” jelasnya.

Melayu Pertama Perkenalkan Terapi Muzik

Terapi ini diusahakan dengan jenama Jajah Minda Diri (JMD) iaitu lebih kepada pengurusan stress dengan kenali seterusnya menghargai diri seseorang itu. Abib berkata, terapi ini sudah dikenali diseluruh dunia dalam kalangan profesional khasnya dan masih baharu di negara ini.

via Instagram Abib Syed Ali

Menariknya lagi, Abib merupakan anak Melayu pertama yang berkongsi ilmu ini dan turut mendedahkan konsep terapi ini selari dengan amalan Islam yang diterjemahkan dalam bentuk sains.

“Apabila kita mainkan alat muzik seperti gong misalnya, ia mampu menghasilkan satu getaran untuk merangsang saraf seterusnya membantu pengaliran darah.

“Melalui terapi ini gelombang dan frekuensi diaplikasikan untuk merangsang saraf di anggota badan kita”, dedahnya lagi.

Abib berkata, dia mula belajar mengenai terapi itu sejak dua tahun lalu dan berniat berkongsi ilmu yang dimiliki dengan mereka yang minat serta memerlukan.

View this post on Instagram

A post shared by Syed Gadaffi (@syedmuhammadgadaffi)

Difahamkan, dia turut mendapat undangan persendirian oleh beberapa rakan dan individu yang serasi dengan tetapi itu termasuklah mendapat sokongan selebriti seperti Ayu Damit, Ustaz Akhil Hay, Fitri Hiswady dan Nazrief Nazri.

“Semua ini daripada Allah yang sentiasa mahu hamba-Nya berusaha dan saya gembira apabila mendapat maklum balas positif.

“Bukan sahaja masalah kesihatan tetapi juga dalam dan peribadi. Itu yang saya kata, bila diri kita positif, apa yang kita sangka mustahil sebenarnya tidak mustahil,” katanya.

Sebagai info, terapi ini membabitkan bahagian iaitu empat bahagian kenali diri, kerohanian, zikir terapi dan sound bath (mandi bunyi). Tarikan terapi ini ialah sound bath (mandi bunyi) proses menyenangkan diri menggunakan kaedah gong dan crystal bowl. Mengenai harga yang ditawarkan, buat masa ini Abib mengalakkan ianya dilakukan secara berkumpulan dalam skala 30 orang dan tawaran harga boleh dibincang bersamanya.

Abib Syed AliJamu Mak DaraPengasas Jamu Mak Dara
https://lomp.at/9n2qe
Share57Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

LifeXplore

Dulu Temani Kita Di Berita Malam, Kini Amin Hayat Bina Misi Baharu

by Phic ARMAN
January 4, 2026

MURAI percaya, ada suara yang tidak mudah dilupakan. Salah satunya ialah Amin Hayat Abd Rahim , figura yang sekian lama menemani rakyat...

Read moreDetails
Foto - @koninklijkhuis (IG) / @leo.norqueen (IG) / @norwegianroyalfamily (IG)
Personaliti

Bakal Ratu Eropah Seterusnya, Ini 5 Pewaris Wanita Yang Bersedia Menaiki Tahkta

by Nurul A.
February 23, 2026

Selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, Ratu Margrethe II dari Denmark merupakan satu-satunya pemerintah wanita dalam monarki Eropah. Namun dalam beberapa...

Read moreDetails
Foto - @rosermaras (IG)
Personaliti

Sangat Menjengkelkan, Ini 5 Zodiak Yang Dilabel Sebagai Pemalas- Jom Check!

by Nurul A.
January 23, 2026

Kemalasan sering dilihat sebagai satu kelemahan yang perlu dielakkan dalam kehidupan. Namun bagi sesetengah individu, sikap ini dilihat sebagai satu...

Read moreDetails
Berita

Putera Mateen & Pengiran Anak Isteri Anisha Kongsi Wajah Puteri Sulung, Sangat Comel!

by Naddy Joe
February 12, 2026

Anakanda kepada Sultan Brunei, Paduka Seri Pangiran Muda Abdul Mateen dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah mencuri...

Read moreDetails
Berita

PMX Titip Ucapan Istimewa Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-46, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
February 26, 2026

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan beliau bersama...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore