Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

5 Jenis Fobia Yang Wujud Akibat Daripada Kemajuan Teknologi

by Aphit J.
October 29, 2020
via Elite Agent

via Elite Agent

Share on Facebook

Kemajuan teknologi baru merupakan sesuatu yang tak dapat kita kejar. Dengan teknologi, pelbagai urusan seharian dapat dipermudahkan.

Malangnya, dengan pengenalan teknologi yang terlalu hebat dan pesan telah mewujudkan pelbagai jenis kebimbangan atau fobia baru pada kita. Menurut Breaking News, berikut adalah 5 jenis fobia yang wujud akibat kemajuan teknologi.

Threadaphobia Bagi Yang Takut Komen Status Orang Lain

via My Deal

Rasa takut ini datang daripada kebimbangan seandainya komen kita tidak menepati citarasa tuan punya status. Ini sekaligus memberikan kesan kepada orang yang mengalami fobia ini untuk terus berdiam diri dan menyimpan pandangannya sendiri.

‘The Ostrich Effect’ Bagi Yang Takut Memeriksa Baki Akaun Bank

via The Ogorek

Takut memeriksa baki akaun bank merupakan kebimbangan yang benar-benar ada. Setakat ini belum ada istilah khas bagi merangkumi fobia ini diwujudkan.

Jadi buat masa sekarang rasa takut untuk memeriksa baki akaun bank digelarkan sebagai ‘the ostrich effect’, sempena burung unta yang gemar menyembunyikan kepala daripada melihat sekeliling ketika dalam ketakutan.

Discomgoogolation, Fobia Ketiadaan Internet

via Ebuyur

Menurut Breaking News, ‘Discomgoogolation’ atau dikenali sebagai Fear of Being Offline (FOBO) merupakan salah satu fobia yang sering berlaku sekiranya tiada internet seperti di dalam lif ataupun perlu menaiki kapal terbang dalam tempoh panjang.

Allodoxaphobia, Gementar Membaca Komen Di Media Sosial

via Elite Agent

Pernahkah anda memuat naik satu bentuk tulisan, gambar atau video di media sosial yang kemudiannya anda takut untuk memeriksa kembali kerana takut wujud reaksi orang lain?

Orang yang mengalami fobia ini amat takut untuk mengetahui pandangan orang lain, khasnya pandangan yang bersifat kritikal atau negatif. Ketakutan ini bukan saja merangkumi interaksi media sosial, malahan turut sama terpakai dalam interaksi dalam dunia nyata.

Visiobibliophobia Bagi Yang Takut Memuat Naik Apa-apa

via Independent

Menurut Breaking News, ketakutan atau fobia ini datang kerana terlalu risau memikirkan betul atau tidak perkongsian di laman sosial. Sesetengah individu merasakan tidak yakin dengan maklumat yang dikongsi dan takut akan perkongsian yang telah dimuat naik.

Kemajuan teknologi mampu memberikan kesan yang positif terhadap diri sendiri, tetapi perlu diingat, ada kalanya kemajuan ini akan memberikan kesan yang buruk pada masa akan datang. Jadi anda tergolong dalam golongan mana satu?

Error happened.
AllodoxaphobiaDiscomgoogolationJenis FobiateknologiThe Ostrich EffectThreadaphobiaVisiobibliophobia
https://lomp.at/fto35
Share5Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara