Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Pengawal Keselamatan 3 Damansara Positif COVID-19

by Khai Azfar
October 12, 2020
12
KONGSIAN
Share on Facebook

Pusat membeli-belah sekitar Lembah Klang berada di dalam keadaan membimbangkan apabila beberapa hari mencatatkan kes positif di kalangan pekerja dan pengunjung.

Pengawal Keselamatan Positif COVID-19

Semalam, bukan sahaja pusat membeli belah Mid Valley Megamall melaporkan kes positif, malah pusat membeli belah 3 Damansara turut mempunyai kes yang sama. Menerusi laporan media tempatan,3 Damansara memaklumkan seorang daripada pengawal keselamatannya yang bertugas di bahagian pusat arahan bomba positif COVID-19.

Menerusi sebuah kenyataan media, difahamkan pekerja tersebut tidak bertugas sejak 9 Oktober lalu selepas rakan serumahnya disahkan positif wabak berkenaan.

“Kami telah segera melakukan kerja-kerja pembasmian dan menyah kuman kawasan-kawasan yang pernah dikunjungi oleh pekerja itu.

“Kami juga telah meningkatkan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman dengan lebih kerap di kawasan umum terutama di blok pusat beli belah dan pejabat,” jelas kenyataan itu.

Tidak Akan Ditutup

Bagaimanapun, pihak pengurusan 3 Damansara tidak akan menutup premis tersebut dan hanya akan memperincikan kerja-kerja pembersihan sebaik tamat waktu operasi beli belah itu pada Ahad.Manakala,pekerja lain yang mungkin melakukan kontak rapat dengan pesakit tersebut sudah diuji negatif virus berkenaan. Sebagai info, 3 Damansara dahulunya dikenali sebagai Tropicana City Mall.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
3 Damansara3 Damansara COVID-19covid-19
Share10Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Le Méridien Putrajaya
Budaya

Le Méridien Putrajaya Rai Musim Kebersamaan Dengan Koleksi Kuih Bulan

by Nurul A.
July 26, 2026

Le Méridien Putrajaya memperkenalkan Koleksi Kuih Bulan Pertengahan Musim Luruh 2026 sempena musim perayaan dan kebersamaan ini. Dihasilkan dengan penuh...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  2. 2

    Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

  3. 3

    UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

  4. 4

    ‘Yang Bela Anjing Je Faham’- Stacy Kongsi Pengalaman Sendiri

  5. 5

    Inginkan Privasi Tetapi Pihak Hotel ‘Bocor’ Tarikh Perkahwinan Cristiano Ronaldo?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara