Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

“Saya Masuk Pada Saat Akhir”- Rezeki Sharul Kamal Di Immortal Songs

by Khai Azfar
October 12, 2020
Share on Facebook

Siapa sangka di sebalik persembahan penyanyi Sharul Kamal pada minggu lalu menerusi program Immortal Songs, tersimpan pelbagai kisahnya tersendiri.

Juara ‘Minggu Jeffrydin‘

Sharul yang menyanyikan lagu lagu Seruling Anak Gembala dendangan asal Datuk Jeffrydin pada program Immortal Song baru-baru ini bukan saja menarik perhatian juri malah penonton di rumah sekaligus menobatkan dirinya menjadi juara pada minggu itu yang menampilkan episod lagenda, Datuk Jeffrydin.

https://www.instagram.com/p/CF9pLwMBMLg/

Sertai Saat Akhir 

Rezeki buat bekas bintang Akademi Fantasia 2015, Sharul atau nama sebenarnya Muhammad Sharul Amin Kamarozaman,24 mendedahkan dia telah sertai Immortal Songs di saat-saat akhir dan ianya berlaku secara kebetulan.

“Saya masuk pada saat akhir sebab ada artis tarik diri. Kebetulan saya ikut Akim untuk sesi ‘soundcheck’ untuk program lain juga terbitan TV3. Apabila mereka melihat saya, mereka terus tawarkan. Khamis saya baru dapat lagu dan rakaman program pada Ahad.

“Lagu yang dipersembahkan pun saya pilih pada saat akhir. Kenapa lagu itu, sebab lagu popular Datuk Jeffrydin semua sudah dipilih penyanyi lain. Jadi, saya cari lagu lain dan saya pilih lagu itu. Freddy pun terus siapkan beberapa susunan muzik, dan saya pilih seperti apa yang dipersembahkan pada malam itu.

“Akim pun kata okay. Kiranya saya hanya ada masa tiga hari saja untuk siapkan semua. Saya juga tak meletakkan sasaran nak menang, sebab semuanya saat akhir. Apabila menang, saya anggap ia berbaloi dan rezeki,” katanya.

Rezeki Sharul 

Menariknya lagi, kemenangan tersebut juga membuatkan peminat mencari dan mendengar semula beberapa single yang pernah dirakamkan Sharul sebelum ini. Antaranya yang terbaru adalah Maaf, lagu hasil ciptaan Hang Nadim dan lirik oleh Bunga Cantik.

“Lagu ini dirakam tahun lalu. Sepatutnya ia dilancarkan juga tahun lepas, tapi disebabkan beberapa perkara ia ditunda. Selepas membuat perbincangan dengan pihak pengurusan iaitu Rhythm and Rhyme Entertainment (RNR), baru ia dilancarkan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari.

“Video muzik (MV) dirakam pada Jun dan seminggu selepas lagu dilancarkan di semua platform digital, MV pula dilancarkan di YouTube,”

“Saya belum ada lagi lagu yang hits dan dimainkan di radio. Jadi, sebenarnya saya berasakan beban juga nak sertai awal-awal sebab semua yang masuk sudah ada tempat masing-masing. Saya tak menjangka rezeki ini memandangkan saya masih berusaha mencari tempat untuk tembus masuk dalam pasaran mainstream.

“Saya berasakan lagu ini berjaya dan menarik apabila orang faham dan terima lagu ini. Malah, jika mahu dibandingkan sambutan lagu ini dengan single lain, lagu ini lebih pergi jauh,” katanya lagi.

Biarpun lagu tersebut bukanlah genre yang dikuasainya sebelum ini namun dengan kelebihan yang ada dia mampu menyanyikan pelbagai jenis lagu dengan cara tersendiri.

Malah, lagu Maaf yang bergenre ‘folk country’ tersebut jauh dari forte Sharul dan kesemua lagu sebelum ini.

“Sejujurnya, ini bukan forte muzik saya. Tapi, saya okay saja. Forte saya macam apa yang saya persembahkan dalam Immortal Song. Saya juga sudah pernah menyanyikan genre pop dan balada untuk lagu sebelum ini.

“Jadi, Maaf ini di luar kotak saya. Saya selesa untuk itu dan mahu mencuba sesuatu yang baru. Akim pun kata okay saya nyanyikan genre ini. Apabila mendengarkan hasilnya, saya puas hati ditambah pula dengan sambutan baik yang diterima,” katanya.

Sharul berkata, dia berharap penampilannya pada program Immortal Song itu dapat memberikan lebih banyak peluang untuknya mengetengahkan bakat dimiliki.

“Saya nak berterima kasih kepada Akim, Stacy dan Epul kerana sentiasa memberikan peluang kepada saya untuk menonjolkan bakat yang ada. Kalau diberi peluang lagi, saya akan buat yang lebih baik.

“Saya sangat bersyukur Allah SWT meletakkan jalan saya macam ni. Tuhan nak bagi saya belajar banyak perkara dan duduk dengan orang berpengalaman. Insya Allah, saya akan berjaya suatu hari nanti,” tambah Sharul.

Akhirinya lagi, dia sedia memberikan 100 peratus komitmen kerana baginya nyanyian adalah minatnya dan mahu ia dikongsikan dengan semua orang.

sharul kamal
https://lomp.at/d2uau
Share5Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore