Saturday, January 28, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Filem

Digelar Kardashians Malaysia! Kisah Ezurin Khyra Sekeluarga Bakal Dipertontonkan

by Khai Azfar
October 15, 2020
134
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebelum ini, peminat hanya melihat perkongsian video pendek dan gambar ikon fesyen berpengaruh, Ezurin Khyra menerusi laman Instagram nya.

Kini, tanpa perlu ‘berselindung’, peminat bukan hanya akan dapat melihat sisi sebenar Ezurin atau juga dikenali sebagai ‘Princess Ezurin’ , malah kisah anak-anaknya Tunku Amaan Khrya, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra dan Tunku Rmaan Khyra juga bakal diperlihatkan menerusi program realiti ‘The House’ yang kini kembali serba baharu menerusi musim yang keenam dengan konsep yang lebih menarik, tampil lebih unik dan kisah yang berbeza.

Digelar Kardashians Malaysia

Sebelum ini, Ezurin yang pernah berkahwin dengan kerabat diraja menjadi sorotan ramai kerana paparan gaya kehidupannya yang tampak serba mewah dan glamor di media sosial sehingga ada yang menggelarkan mereka sekeluarga sebagai Kardashians Malaysia.

“Saya rasa dalam kehidupan kita kena seimbang. Saya tak anggap keluarga saya adalah sempurna tetapi segala komen yang diberikan akan membuatkan kita lebih baik” katanya kepada Murai.my ketika di sidang media ‘virtual’ The House

Bagi Syazwan Zakariah selaku Ketua Content Studio Astro pula, dia menganggap pandangan orang ramai melihat The House bagi musim kali ini seperti rancangan realiti Keeping Up With The Kardashians adalah seperti satu penghormatan buat mereka kerana dia percaya musim kali ini menjanjikan kualiti dan standard yang lebih baik.

“Jika ada yang menyamakan siri ini dengan Keeping Up With The Kardashians, saya rasa sangat berbangga kerana rancangan itu kandungannya sangat menarik” tambah Syazwan

Magie Abang Saufi Turut Serta Dalam The House

Menariknya mengenai ‘The House’ kali ini ianya turut disertai oleh rakan karib Ezurin, Magie Abang Saufi yang merupakan ibu kepada rapper terkenal, Arabyrd juga akan turut ditampilkan.

Sekiranya peminat telah melihat dunia glamor Ezurin, kali ini khabarnya sesuatu yang berbeza dan mengejutkan bakal dikongsikan bersama termasuklah adegan pergaduhan yang terjadi diantara mereka. Rancangan selama 10 episod ini bakal disiarkan menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) bermula 21 Oktober 2020, setiap hari Rabu, jam 9.00 malam.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: Datin Ezurin Khyra
Share56Tweet33SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama
Bollywood

Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

by Phic ARMAN
January 26, 2023
‘Kecewa Sebab Imej Baik’ – Netizen Persoalkan Penglibatan Alif Satar Dalam Filem Pulau
Filem

‘Kecewa Sebab Imej Baik’ – Netizen Persoalkan Penglibatan Alif Satar Dalam Filem Pulau

by Aphit J.
January 22, 2023
Wow! Sambutan Tahun Baharu Cina Lebih Meriah Di RTM
Filem

Wow! Sambutan Tahun Baharu Cina Lebih Meriah Di RTM

by Aphit J.
January 21, 2023
Ramai Tak Percaya Lihat Lakonan Aznah Hamid & Rajinikanth Bercinta- “Umur Dah 40 Tahun Baru Tahu”
Filem

Ramai Tak Percaya Lihat Lakonan Aznah Hamid & Rajinikanth Bercinta- “Umur Dah 40 Tahun Baru Tahu”

by Phic ARMAN
January 17, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan Baru Pelakon Transformers, Shia LaBeouf Jadi Bualan Netizen

  2. 2

    “Bukan Kali Pertama Buat Umrah” – Maria Balas Teguran Netizen Isu Pemakaian Stokin Ketika Umrah

  3. 3

    Tular Foto Peguam Tonton Tayangan Filem Dengan Siti Bainun, Che’ Puan Khaleeda & Iesya Toh Tampil Bersuara!

  4. 4

    Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’

  5. 5

    “Muka Klasik Je Masing-Masing”- Netizen Terpegun Lihat Foto Keluarga Que Haidar?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan