Jenama Apple dan isu kecaman bukan lagi satu perkara yang baru dalam sejarah mereka. Malah isu ini semakin ‘galak’ diperkatakan setiap kali menjelangnya pelancaran baharu bagi model iPhone.

2.3 Juta Tempahan 

Meskipun begitu, setiap kali pelancarannya juga iPhone begitu laris di pasaran termasuklah bagi keluaran edisi terbaharunya iaitu siri 12 yang didatangkan dengan empat jenis model. Dikhabarkan, di China sahaja sebanyak 2.3 juta tempahan telah dibuat setakat 16 Oktober lalu yang mana iPhone 12 lebih banyak mendapatkan sambutan berbanding model Pro biarpun tanpa palam pengecas atau EarPods disertakan.

IKLAN

Malaysia Paling Murah? 

Dalam perkembangan lain, harga jualan iPhone 12 di Malaysia dikatakan antara yang paling murah jika dibandingkan dengan pasaran 10 negara utama lain.

Via Statista
Via Soya Cincau

Malah jika dibandingkan antara Singapura, Amerika Syarikat dan India juga, harga di Malaysia lebih murah kerana dijual tanpa cukai tambahan seperti di beberapa negara lain.