Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Penyanyi Popular Sertai Konsert Sokong Kempen Alam Sekitar

by Khai Azfar
October 20, 2020
12
KONGSIAN
Share on Facebook

Nama nama besar dalam industri seni suara dilihat tidak pernah gagal untuk turut melahirkan sokongan terhadap perjuangan menjaga alam sekitar.

Dirakam Pada 16 Oktober

Terbaharu, melalui satu konsert yang dinamakan IGEM virtual Green Concert, nama nama besar industri suara ini menyemaikan pesan mengenai sokongan pelbagai usaha menghijaukan dunia. Konsert itu diadakan bersempena Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau dan Produk Eco Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2020 yang berlangsung dari 19 hingga 23 Oktober 2020.

Difahamkan,konsert yang diacarakan oleh Joey Daud itu telah pun berlangsung dan dirakamkan pada 16 Oktober lalu di Petaling Jaya dengan mematuhi standard SOP sesi penggambaran yang ketat. Menariknya, konsert ini boleh ditonton secara virtual di seluruh dunia dengan melayari laman web virtual.com.

Selebriti Tempatan Bersatu 

Dalam konsert ini, telah disertai penyanyi-penyanyi popular seperti Datuk DJ Dave, Dato’ M.Nasir, Dato’ Awie, Ella Aminuddin,Siti Nordiana, Asfan Shah dan Chubby Buskers serta turut tampil dengan mesej “tolong, kita semua perlu terus kekal bersatu, selamatkan alam sekitar ini.”

Menurut CEO IGEM 2020 Shamsul Mohd Nor, konsert secara virtual (maya) ini adalah pemangkin untuk memperhebatkan kempen meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia mengenai kepentingan menjaga alam sekitar. Ia juga sejajar Industri 4.0 yang memberikan pendedahan luas kepada adaptasi era digital.

Sementara itu penyanyi Dato’ M. Nasir pula menjelaskan mengenai pemilihan lagu Rimba Tari Mustikal sebagai dendangannya dalam konsert tersebut.

“Saya melihat lagu ini sangat sesuai kerana secara tidak langsung ia bercerita tentang alam, tentang keindahannya juga tentang usaha ‘menodakannya’ dengan apa yang diistilahkan sebagai pembangunan. Ia adalah segala galanya tentang kemanusiaan jika digali dengan lebih mendalam akan maksud lagu ini. Jadi saya turut berbesar hati kerana IGEM Green Concert berusaha untuk menyampaikan mesej mesej yang baik dan berguna ini kepada orang ramai,” katanya dalam sebuah kenyataan edaran kepada Murai.my

Artis-artis lain yang mengambil bahagian dalam konsert ini turut menyatakan sokongan dan sokongan padu tentang kempen kesedaran ini.

Ella secara tegas melahirkan kekesalan di atas sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang masih mengambil mudah mengenai penjagaan alam sekitar ini.

“ Ella harap dengan konsert sebegini, kami dapat menyentuh mata fikir pihak pihak terbabit untuk lebih cakna, lebih peka akan natijah akibat tindakan mereka,” ujarnya.

Datuk Dj Dave selaku Penerbit Eksekutif acara turut menyatakan, sebagai anak seni sokongan paling kecil yang boleh mereka salurkan ialah dengan karya seni juga.

Memilih lagu Di Desa Kasihku Tertumpah, dia mengimbas semula kenangan dan nostalgia kebanyakan orang tentang kehidupan di desa yang kebiasaannya dianggap sebagai kurang berlakunya pencemaran alam.

“Konsert sebegini, paling tidak, akan menjentik semula hati sesetengah penonton yang mungkin sudah alpa tentang alam yang kian terjejas ini. Kita perlu beri kesedaran secara berterusan agar bumi mampu dipelihara sebaiknya untuk tempoh masa yang lebih lama lagi,” kongsinya

Konsert yang dianjurkan sempena kempen meningkatkan kesedaran pentingnya penjagaan alam sekitar ini turut menyenaraikan lagu lagu hits lain antaranya, Terima Kasih, Oh La La Tropika dan Standing In The Eyes Of The World. IGEM 2020 merupakan penganjuran kali ke 11 yang seumpamanya dan melibatkan penyertaan dari seluruh pelusuk dunia.

Bermula 19 hingga 23 Oktober, ia akan membahaskan beberapa topik utama yang melibatkan pengurangan 70 peratus populasi dunia yang tinggal di pinggir sungai, kerjasama menamatkan sisa plastik, pengurangan pelepasan gas dari rumah hijau dan teknologi diod pemancar (LED) yang lebih efisen. Program ini diadakan secara virtual (maya) akan menyediakan akses 24 jam dan boleh ditonton di seluruh dunia menerusi laman sesawang virtual.com.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
IGEM virtual Green Concert
https://lomp.at/l71ry
Share7Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem