Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Wow! Lagu Kayda Dapat Sentuhan Komposer Amerika Syarikat

by Khai Azfar
October 20, 2020
23
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa sangka penyanyi rap wanita tanah air yang bertubuh genit ini terus-menerus menghasilkan nukilan-nukilan hebat. Wan Nur Khaleda Aziz atau lebih dikenali dengan panggilan Kayda, 29, kembali dengan single terbaharunya berjudul ‘Autopilot’.

Sentuhan Komposer Luar

Menariknya, single ini turut berkolabarosi dengan pendatang baharu dari Amerika Syarikat, Ish dan digubah serta dihasilkan oleh Kayda sendiri dengan Ish. Malah ianya mendapat kerjasama daripada komposer luar,The Cxdy.

Difahamkan, anak kepada penyanyi Datuk Sheila Majid ini sedang giat mempromosikan lagu terbaharu ‘Skills4All’ bersama KRU Music dan Waris, sebuah inisiatif oleh Kementerian Sumber Manusia bagi menggalakkan pembelajaran teknikal serta vokasional di kalangan anak-anak muda.

“Autopilot menceritakan tentang kisah perjalanan saya dalam bidang muzik, bermula daripada membuat persembahan hip-hop kecil-kecilan sewaktu remaja, kemudiannya memuat naik lagu-lagu ciptaan saya di MySpace dan sentiasa konsisten dalam pembikinan muzik secara terus- menerus.

Pada suatu hari, saya terus ke studio rakaman, berjumpa rakan-rakan, memilih irama yang sesuai, merakamkan apa yang telah saya coretkan sewaktu di rumah dan ia seakan menjadi. Setelah itu, saya didatangi pula oleh seorang rakan yang ingin menaja video muzik dan merasakan keseluruhan projek ini seperti dalam modus Autopilot’.” dedah Kayda

Ditangguhkan

Lagu Autopilot yang dirakamkan di Kaya Butter Studio hanya mengambil masa selama beberapa jam sahaja untuk dihasilkan, namun terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu.

“Sebenarnya lagu dan video muzik Autopilot telah dihasilkan setahun yang lalu pada bulan Julai 2019, akan tetapi pada ketika itu pihak pengurusan bercadang agar ia ditangguhkan terlebih dahulu dan saya percaya pada keputusan mereka.”

“Apa yang saya pelajari adalah percaya pada aturannnya dan setiap perkara pasti terjadi, ia tidaklah semudah yang dijangkakan tetapi apa yang patut terjadi akan berlaku pada masanya dan setiap hari ia seakan berada dalam keadaan ‘autopilot’.” jelasnya lagi

Bagi pendatang baharu Ish yang berdarah kacukan Melayu-Amerika, mereka bertemu sewaktu berlangsungnya uji bakat 16 Baris musim ke-2, dan dia ada memberitahu minatnya untuk mempelajari rap dalam Bahasa Melayu dan Kayda pula pada ketika itu sedang mencari bakat baru yang ingin diketengahkan dalam lagu terbaharu nya.

“Ish banyak memberi idea yang kreatif dalam penulisan lirik, seorang freestyler yang mahir dan bagi saya salah seorang penyanyi rap terbaik pernah saya temui walaupun usianya masih muda.” kongsinya

Bagi Kayda, perjalanan muziknya hanya baru bermula dan mengharapkan agar pendengar di luar sana dapat memahami mesej yang ingin disampaikan.

Lagu ‘Autopilot’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Spotify, Joox, Deezer dan Apple Music. Manakala video muzik lagu ‘Autopilot’ ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran rasmi YouTube Warner Music MY.

YouTube video

kayda
https://lomp.at/0i6i7
Share12Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem