Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Terkejut Lihat Gaji! Ratu Elizabeth II Buka Peluang Pekerjaan ‘Housekeeping’ di Istana

by Phic ARMAN
October 22, 2020
18
KONGSIAN
Share on Facebook

Adakah anda pernah bermimpi bekerja dengan Ratu Elizabeth II atau bekerja di Istana Buckingham? Kalau anda berada di UK, mungkin impian ini akan jadi kenyataan.

Pada masa ini Ratu sedang mencari pembantu tukang cuci (status pelatih) untuk bekerja di Windsor Castle. Berdasarkan maklumat yang dimuat naik di laman web The Royal Household, terdapat beberapa syarat yang mesti dimiliki oleh calon pemohon untuk mendapatkan jawatan tersebut, seperti komitmen untuk belajar kemahiran baru dan bersedia untuk menangani cabaran baru.

Selain itu, calon pemohon juga tidak perlu mempunyai pengalaman dalam bidang khas, jadi mereka tidak perlu lulus dalam kemahiran Bahasa Inggeris atau Matematik.

“Ratu Elizabeth II mencari seseorang yang teratur dan mempunyai kemahiran mengurus masa yang baik, mempunyai fikiran praktikal, detail, suka bekerja dengan orang lain, dan dapat memenuhi deadline,” tulis satu kenyataan di laman web The Royal Household.

Laman web ini juga menjelaskan bahawa pemohon yang terpilih kemudian akan bekerja sambil mengikuti program pembelajaran yang disertai oleh mentor selama 13 bulan, sebelum akhirnya bergabung dengan pasukan tetap.

Via Town and Country Magazine

Semasa menjadi pelatih, pemohon juga boleh tinggal di Istana Windsor atau di Istana Buckingham. Di samping itu, mereka juga akan menerima makanan dan kos penginapan tak termasuk gaji yang ditetapkan.

Calon yang disenarai pendek dilaporkan harus menguruskan pemeliharaan, kebersihan, dan perawatan interior mewah dan barang-barang yang tidak ternilai harganya.

VIA The Royal Household

Dilaporkan, pemohon yang bertuah akan dibayar sekitar £ 19,140 atau bersamaan denganRM 104, 270 setahun dan menikmati pakej percutian selama 33 hari. Bagaimana  adakah anda berminat? Sekiranya ada, anda boleh menghantar permohonan pekerjaan anda sebelum 28 Oktober 2020 di laman web The Royal Household.

Error happened.
Tak Ramai Tahu, Meghan Markle Pernah Gaduh Dengan Ratu Elizabeth II Semasa...
Ratu Elizabeth II
https://lomp.at/nq905
Share16Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara