Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

5 Petua Untuk Pastikan Ikan Bilis Yang Digoreng Menjadi Rangup

by Aphit J.
October 25, 2020
via Asian Inspirations

via Asian Inspirations

11
KONGSIAN
Share on Facebook

Ikan bilis seringkali digunakan dalam masakan seharian. Daripada sambal, sehinggalah masakan yang berkuah. Kita seringkali menghadapi masalah apabila ikan bilis yang digoreng menjadi lembik serta liat dan berikut adalah 5 petua untuk pastikan ikan bilis menjadi rangup.

Keringkan Ikan Bilis Sepenuhnya

via Flickr

Sebaiknya basuhlah ikan bilis anda lebih awal untuk mengelakkan ikan bilis yang akn digoreng menjadi lembab dan basah. Selepas membasuh ikan bilis, pastikan ia dikeringkan dengan sepenuhnya sebelum dimasak. Guna tisu dapur sudah memadai bagi mengurangkan kelembapan.

Menggunakan Ikan Bilis Saiz Sederhana

via Azhafizah

Sebelum membeli ikan bilis, pilih ikan bilis yang bersaiz sederhana dan tidak terlalu besar. Bilis yang besar lebih liat serta agak lambat untuk garing ketika digoreng. Manakala ikan bilis yang lebih kecil saiznya lebih mudah untuk menggorengnya.

Goreng Dengan Api Yang Sederhana

via IBS Focus

Sebelum menggoreng, pastikan minyak telah dipanaskan terlebih dahulu dalam kuantiti yang secukupnya. Tetapi semasa menggoreng, perlahankan api agar ikan bilis yang digoreng tidak cepat hangus. Guna api sederhana dan masak sehingga ikan bilis menjadi kuning keemasan.

Tos Minyak Sepenuhnya

via Cooked

Setelah diangkat, toskan lebihan minyak menggunakan tisu dapur. Ini bagi mengelakkan ikan bilis menjadi berminyak sewaktu disimpan. Sebaiknya semasa meletakkan ikan bilis di atas tisu dapur, leraikan ikan bilis supaya tidak berada dalam satu longgokan.

Simpan Di Dalam Balang Kedap Udara

via Asian Inspirations

Setelah ikan bilis goreng sejuk, masukkan segera ke dalam balang kedap udara. Ia amat penting bagi mengelakkan ikan bilis masuk angin dan menjadi lemau.

Jadi anda tidak perlu lagi risau akan kondisi ikan bilis anda selepas digoreng. Amalkan petua di atas, sudah pasti ikan bilis anda menjadi rangup dan rapuh.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ikan bilis ranguppetua ikan bilis ranguppetua masakantips masakan
Share9Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara