Pelawak popular Korea, Park Ji Sun Dilaporkan ditemui mati di rumah bersama ibunya di rumah mereka yang terletak di Mapo-Gu. Pihak Polis masih menyiasat punca kematian ibu dan anak tersebut.

Ia bermula apabila ayah Park Ji Sun yang berasa curiga kerana anak perempuannya tidak menjawab panggilan, lalu dia menghubungi polis dan memasuki rumah anak perempuannya. Malangnya, Park Ji Sun dan ibunya ditemui mati di dalam rumah pada pukul 1.44 petang KST- Korea Standard Time.

IKLAN

Park Ji Sun sendiri adalah seorang pelawak wanita untuk acara seperti Weekly Idol, Sidang Media NCT World 2.0, event comeback ASTRO di V Live, dan banyak lagi. Para peminat teringat betapa baik dan prihatinnya Park Ji Sun ketika bekerja bersama idola mereka.

Rest In Peace Park Ji Sun.

Sumber: AllKpop