Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Lagu DOLLA Dapat Sentuhan Komposer Girls’ Generation!

by Khai Azfar
November 3, 2020
Share on Facebook

Menerusi artikel Murai.my terdahulu, kumpulan penyanyi wanita baharu DOLLA mencuri tumpuan apabila peminat menganggap kumpulan ini seperti sebuah kumpulan penyanyi wanita Korea popular.

Lancar Single Kedua 

Serentak dengan itu juga, DOLLA yang muncul dengan debut mereka ‘Make You Wanna’ pada Mac lalu tidak menunggu masa yang lama untuk melancarkan single kdua mereka yang berjudul Impikan. Turut dilancarkan bersama lagu ini adalah lagu versi Bahasa Inggeris yang diberi judul Watch Me Glow.

Sentuhan Komposer Terkenal 

Lagu ini merupakan ciptaan komposer dan penerbit terkenal dari Sweden iaitu Ludwig Lindell, Daniel Caesar, Karl Oscar Gummesson yang turut menulis lirik untuk versi Bahasa Inggeris. Manakala lirik Impikan pula ditulis oleh penyanyi rap, komposer dan penerbit terkenal Malaysia iaitu Luca Sickta dan YonnyBoii.

Mewakili ahli kumpulan mereka, Sabronzo berkata mereka begitu teruja kerana mendapat sentuhan komposer antarabangsa sekaligus memberi kelebihan buat mereka untuk bawakan konsep yang lebih jauh. Untuk rekod komposer-komposer ini pernah menghasilkan beberapa lagu hits untuk kumpulan K-Pop seperti LOONA, Red Velvet, Girls’ Generation, EXO-CBX, VIXX, Boys Republic dan Pentagon.

“Sudah pastinya kami sangat teruja diberikan lagu daripada komposer dan penerbit antarabangsa yang sebelum ini pernah menghasilkan lagu-lagu hits K-Pop seperti ‘All Night’ nyanyian Girl’s Generation. Dengan peluang ini ianya sedikit sebanyak memberikan kami kelebihan kepada kami untuk membawa konsep muzik yang lebih bercitarasa antarabangsa.” kata Sabronzo

Walaupun nama DOLLA masih baru dalam industri Malaysia, namun kumpulan wanita yang dianggotai empat gadis cantik ini iaitu Sabronzo,Tabby,Angel dan Syasya sudah pun berjaya mengumpul peminatnya sendiri yang menggelarkan diri mereka ‘iDOLLA’. Bukan itu sahaja, DOLLA turut diberi peluang untuk membawa bakat mereka ke arena antarabangsa apabila terpilih untuk berkolaborasi dengan artis-artis wanita dari seluruh Asia Tenggara dalam menghasilkan lagu ‘Heal’, sebuah projek khas kelolaan Star Music, anak syarikat konglomerat media ABS-CBN yang berpusat di Filipina.

Topik Berkaitan Ustazah Asma Tegur Penampilan Seksi DOLLA Dalam MV 'Question-"Makin Memalukan.."

Lagu ‘Heal’ yang baharu saja dilancarkan pada September lalu merupakan projek yang pertama seumpamanya dirantau ini, bertujuan menyampaikan rasa cinta dan memacu penyatuan warga rantau ini dalam menghadapi suasana tidak ketentuan dan waktu mencabar akibat pandemik Covid-19.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Dolla
Share3Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

  3. 3

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  4. 4

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara