Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Inul Darastita Dedah Pernah Hidup Susah, Tak Malu Jual Rawon

by Khai Azfar
November 5, 2020
Share on Facebook

Penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia ternyata memberikan impak yang cukup mendalam terhadap pelbagai industri. Keluhan tersebut turut diluahkan oleh penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Inul Darastita yang mana pusat karaoke miliknya terpaksa ditutup lebih dari 7 bulan.

Cari Jalan Untuk Tidak Tutup Bisnes

Inul yang memiliki ratusan cawangan pusat karaoke di seluruh Indonesia akui sedang mencari jalan agar bisnesnya tidak berakhir begitu sahaja berikutan tiada pelanggan. Tambahnya lagi, sepanjang pandemik Inul telah berusaha sedaya upaya termasuk menggunakan wang syarikat untuk meneruskan perniagaannya.

“Usaha saya Alhamdulillah lancar walaupun karaoke masih tutup.Saat ini ya banyak angka untung dan rugi kerana kami tidak ada sebarang pendapatan tambahan mahupun keuuntungan. Sebahagiannya memakai duit sendiri untuk menggaji para pekerja” dedah Inul

Lakukan Pelbagai Pekerjaan

Menurut Inul atau nama sebenarnya Ainur Rokhimah , dia tidak malu untuk melakukan pelbagai pekerjaaan termasuklah mengusahakan perniagaan makanan kerana pernah hidup serba kekurangan sebelum ini. Tegas Inul lagi, dia bukanlah seorang artis yang berjaya dan mempunyai banyak wang kerana pendapatannya selama ini adalah hasil kerja kerasnya di dalam industri hiburan.

“Saya tidak memandang bahawa saya adalah artis yang dikenali ramai. Saya juga tidak malu untuk melakukan apa sahaja seperti menjual rawon dan sebagainya. Jadi, apa pun pekerjaan saya okay kerana dahulu saya pernah hidup susah jadi tidaklah kekok untuk lakukan pekerjaan seumpama ini” ungkapnya

Jelas Inul, dia berharap agar pekerja turut memahami yang sedang dilalui olehnya ketika pandemik ini kerana dia sudah tidak dapat bertahan untuk menampung kos menggaji para pekerja di pusat-pusat karaoke tersebut.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
inul daratista
Share3Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Ultra Kalcer Malaysia 2026
Spotlight

Ultra Kalcer Malaysia 2026 Kumpulkan 19 Artis, Ada Hindia, Fugo, Naykilla Hingga Kris Dayanti!

by Nurul A.
September 19, 2026

Festival muzik, Ultra Kalcer Malaysia 2026 bakal menggabungkan sembilan belas penyanyi terkenal dari Indonesia dan Malaysia berkongsi pentas menggegarkan KL...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

  3. 3

    Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara