Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Pertama Di Asia! All Together Now Malaysia Bakal Bersiaran

by Khai Azfar
November 6, 2020
Share on Facebook

Selepas The Masked Singer Malaysia yang akan melabuhkan tirainya pada hari ini, Astro terus tampil unggul menampilkan beberapa program realiti terbaharu dan menghiburkan.

Pertama Di Asia 

Terbaru,pihak Astro menerusi saluran Astro Ria muncul sebagai syarikat penyiar pertama di Asia yang menerbitkan sebuah lagi program realiti berkonsepkan pertandingan nyanyian popular yang diadaptasi daripada format antarabangsa berjudul ‘All Together Now Malaysia’.

Bermula 3 Januari 

Program ini dijadualkan untuk bersiaran secara eksklusif selama 10 minggu di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam bermula 3 Januari 2021. Sebagai info,program realiti popular ‘All Together Now’ yang berasal dari United Kingdom ini telah mencetuskan fenomena tersendiri di kalangan peminat sehingga format program tersebut telah diadaptasi semula di 14 buah negara lain termasuklah Brazil, Italy, Norway, Columbia, Denmark, Perancis dan banyak lagi.

Youtube video

‘All Together Now Malaysia’ masih mengekalkan format asal program tersebut. Namun begitu, terdapat pengisian elemen tempatan yang akan turut disuntik untuk menambah baik format asal agar bersesuaian dengan sensitiviti, budaya serta relevan untuk tontonan rakyat Malaysia.

Penyertaan Dibuka

Untuk anda yang berminat, penyertaan adalah terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia tanpa sebarang had umur. Calon peserta juga mempunyai pilihan untuk menyertai program ini secara solo, duo ataupun berkumpulan. Untuk menyertai sesi uji bakat ‘All Together Now Malaysia’ musim yang pertama, calon peserta perlu menyediakan sebuah rakaman video nyanyian lagu penuh mengikut kreativiti masing-masing. Calon peserta juga diberi kebebasan untuk memilih lagu dan jenis bahasa yang ingin dipersembahkan.

Hantarkan pautan video penyertaan ke ujibakat@astro.com.my dan nyatakan ‘Ujibakat All Together Now’ Malaysia pada subjek emel tersebut. Pihak produksi akan menghubungi calon peserta yang terpilih untuk mara ke peringkat seterusnya. Tarikh tutup untuk menghantar video penyertaan adalah pada 9 November 2020.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
All Together NowAll Together Now Malaysia
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Eddie G & Chubb-E, Serangan Radikal
Spotlight

Eddie G & Chubb-E Bergabung, Lancar “Serangan Radikal”

by Nurul A.
September 22, 2026

Industri muzik hip-hop tempatan dimeriahkan dengan pelancaran single terbaharu berjudul “Serangan Radikal”, yang menampilkan gabungan dua artis hiphop iaitu Eddie...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

  3. 3

    Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara