Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah telah mengumumkan beberapa kluster telah ditamatkan ini termasuklah Kluster Tembok di Penjara Alor Setar.

Banduan Menyanyi Sebagai Tanda Penghargaan

https://twitter.com/DGHisham/status/1323964380128534533?s=20

Dalam pada itu, Noor Hisham berkesempatan berkongsi sebuah klip video TikTok di laman Twitter dan Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia yang memperlihatkan para banduan menyanyi lagu secara beramai-ramai sebagai tanda penghargaan mengiringi para petugas barisan hadapan keluar daripada penjara usai daripada menjalankan tugas mereka.

IKLAN

“Penghargaan kepada petugas kesihatan barisan hadapan yang selesai menjalankan amanah menyaring & menguji Kluster Tembok di Penjara Alor Setar.

“Selesai bertugas mereka keluar diiringi nyanyian daripada banduan-banduan menghargai keringat setiap petugas. Frontliners You Are The Real Heroes,” tulis Noor Hisham.

Ramai Yang Sebak

Rata-rata yang menonton video itu meluahkan rasa sebak dan berbangga dengan khidmat para petugas barisan hadapan yang sanggup mempertaruhkan nyawa mereka demi menyelamatkan rakyat Malaysia daripada penularan wabak COVID-19 yang turut melanda seluruh dunia.

Untuk rekod, Kluster Tembok adalah kluster COVID-19 terbesar ketiga setakat ini yang mana telah menjangkiti para banduan dan kakitangan Penjara di Malaysia. Sehingga kini, angka jangkitan wabak itu terus kekal dengan ’empat angka’ dengan 1009 kes dilaporkan setakat semalam.