Seperti mana yang diketahui, AirAsia telah melancarkan platform pesanan makanan mereka sendiri melalui aplikasi, justeru ia dapat memberikan sokongan kepada perniagaan tempatan.

Terbaru, Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan AirAsia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes memuatnaik gambar dirinya sebagai penghantar makanan sambil mempromosikan perkhidmatan itu di media sosialnya.

Dalam gambar  yang dimuatnaik dalam akaun Instagramnya @tonyfernandes, Tan Sri Tony Fernandes dilihat memegang topi keledar motosikal sambil berdiri di sebelah motosikal penghantaran yang membawa makanan dari AirAsia Food.

IKLAN

Beliau menulis kapsyen,

“Bersiap sedia untuk membuat makanan ke rumah anda. Semak @airasiafood. “

Menurut laman web AirAsia, platform penghantaran makanan bermula pada bulan Jun untuk menyokong perniagaan tempatan dengan menawarkan perkhidmatan penghantaran.

Syarikat penerbangan ini juga menawarkan perkhidmatan lain seperti AirAsia Fresh dan AirAsia Shop, yang merangkumi perkhidmatan penghantaran ke rumah untuk barang makanan segar. Semua perkhidmatan boleh diakses melalui airasia.com.

Buat masa ini, AirAsia Food hanya membuat penghantaran di Lembah Klang sahaja.