Pada Jumaat lalu, malam yang cukup bermakna buat penyanyi dan komposer terkenal Haqiem Rusli apabila telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 33 (ABP33) selepas menerima undian sebanyak 22,332,676 .

Undian Tertinggi 

Jumlah undian itu turut mengejutkan ramai pihak dan mencetuskan pelbagai persepsi termasuklah ada yang mendakwa kononnya pelantun Adlina Marie ini membeli undian kerana jumlah tersebut seperti menghampiri jumlah penduduk Malaysia iaitu sebanyak 32.7 juta.

IKLAN

Usaha Daripada Peminat

Bagaimanapun, Haqiem menafikan dakwaan itu kerana menganggap kemenangannya itu adalah hasil titik peluh peminatnya yang dikenali sebagai Qiemilio.

Jelas Haqiem usai dalam sidang media yang diadakan secara virtual usai daripada acara itu, peminat terlalu ingin melihat anugerah Bintang Paling Popular itu berjaya dirangkul olehnya.

“Demi Allah saya tak keluar satu sen pun. Semuanya atas usaha peminat dan kelab peminat saya iaitu Qiemilio yang dianggap seperti keluarga saya.

“Qiemilio buktikan yang mereka sangat setia kepada saya. Mereka nak sangat tengok saya menang kali ni.

“Alhamdulillah mereka sudah berusaha keras. Begitu juga kelab peminat lain, mungkin tahun ini rezeki saya dan mana tahu tahun depan rezeki orang lain pula.

“Jadi tiada istilah saya beli undi, semua hasil kerja keras peminat,” katanya dalam sidang media itu

Dalam acara itu, Haqiem turut memenangi kategori Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia yang menyaksikan penyanyi itu memecah dominasi Khai Bahar yang tiga tahun berturut-turut memenangi anugerah kategori itu.

Kemenangan Haqiem sebagai Bintang Paling Popular melayakkannya membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Nissan Leaf berharga RM181,263 berserta trofi.Sebagai info,pada tahun lalu pelakon dan pengacara Mira Filzah telah diumumkan sebagai Bintang Paling Popular menerusi ABPBH32 dengan undian 6,320,463 undi.