Penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau lebih dikenali sebagai BCL telah mengumumkan satu perkhabaran yang mengejutkan di laman Instagram nya.

Berundur Sebagai Juri

Menerusi sebuah hantaran semalam, BCL telah memutuskan untuk berundur sebagai juri program realiti Indonesian Idol sekaligus memperlihatkan musim baharu yang bermula semalam tempatnya diganti oleh juri baharu yang juga penyanyi popular Indonesia, Dato Sri Rossa.

IKLAN

Menurut BCL,dia ingin berundur kerana ingin membina semula kekuatannya dan selepas kehilangan suami tercinta, Allahyarham Ashraf Sinclair yang meninggal dunia pada 18 Februari lalu.

“Taking my time.. Building my strength,” tulisnya

Dalam hantaran tersebut, pelantun 12 Tahun Terindah itu turut mengucapkan semoga berjaya buat kesemua rakan-rakan juri dan hos Indonesian Idol.

“Wishing everyone the best of luck @indonesianidolid @maiaestiantyreal @ari_lasso, @jud1ka, @ananghijau @itsrossa910 @boywilliam17 @fabian.dharmawan @dini.putri21.”

“Selamat melahirkan Idola baru UNTUK iNDONESIA,” tulisnya lagi

Difahamkan, hos Indonesian Idol yang telah bersama rancangan itu selama 10 tahun, Daniel Mananta juga telah mengucapkan selamat tinggal dan tempatnya telah digantikan oleh Boy William.