Selepas ditayangkan di laman YouTube dan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan baru-baru ini,pihak Netflix telah mengumumkan untuk membawakan filem Puteri Gunung Ledang(PGL) ke laman penstriman mereka.

Ditayangkan Bermula 26 November 2020

Mengambil kira dongeng rakyat Malaysia dan watak Puteri Gunung Ledang yang cukup terkenal, Netflix akan menayangkan filem epik tersebut bermula 26 November 2020.

IKLAN

Sebagai info, filem arahan Saw Teong Hin ini merupakan filem pertama di Malaysia yang mempunyai bajet terbesar dan telah memenangi lima anugerah di Festival Filem Malaysia 2004 termasuklah bagi kategori pengarah terbaik dan lakon layar terbaik. Filem PGL juga merupakan produksi tempatan pertama yang menghantarkan pencalonan ke Academy Awards 76 pada tahun 2004.

“Puteri Gunung Ledang merupakan filem pertama dan begitu dekat di hati saya. Filem ini berdasarkan kisah lagendarakayat Malaysia dan begitu penting sebagai sebahagian daripada warisan sejarah. Saya teruja untuk berkongsi filem ini semula kepada rakyat Malaysia dan penonton terutamanya generasi muda yang mungkin tidak berkesempatan menontonnya sebelum ini” kata Saw Teong Hin dalam kenyataan media

Filem Puteri Gunung Ledang mengambil kisah percintaan yang terlarang diantara Gusti Putri, seorang puteri Jawa-Hindu dan Hang Tuah yang merupakan pahlawan melayu teragung yang dipaparkan ketika abad ke 15 kerajan Melaka di samping menyelitkan elemen mistik dan juga aksi-aksi hebat.

Filem ini dibarisi nama-nama terkenal seperti Datuk M. Nasir, Puan Sri Tiara Jacquelina, Datuk Rahim Razali adan Adlin Aman Ramlie.