Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Kini Bergelar Penyanyi! Syahmi Irfan Dedah Sebab Keluar Pasukan Badminton Negara

by Khai Azfar
November 20, 2020
54
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa sangka, bekas pemain badminton negara, Syahmi Irfan mempunyai suara yang lunak sehingga berjaya memikat hati pengarah tersohor tanah air, Michael Ang untuk menyanyikan lagu runut bunyi (OST) drama Perempuan Tanpa Dosa berjudul Mungkir yang telah ditayangkan di saluran Ria (124) dan Ria HD (104).

Tidak Akan Lupakan Badminton

Via Instagram @syahmiirfannn

Dikhabarkan sebagai pendatang baharu yang ‘hadir’ dengan pakej lengkap, bagi Syahmi atau nama sebenarnya Muhammad Syahmi Irfan bin Mohd Nadzri,19 berkata buat masa ini dia tidak merancang untuk terus melupakan kariernya terdahulu sebagai seorang pemain badminton professional sebaliknya ingin menjadikan sukan itu sebagai sampingannya.

“Sebenarnya saya ingin bergelar penyanyi kerana saya memang minat menyanyi sejak kecil”

“Ini seperti satu peluang buat saya, sekiranya tidak dapat menyertai pertandingan Badminton apatah lagi dengan keadaan COVID-19, saya akan menumpukan nyanyian. Macam mana sekali pun, saya tidak akan berhenti dalam bermain Badminton” kata sYAHMI kepada Murai.my

Alami Kecederaan 

Dedah pelajar Diploma Sains Sukan UiTM Shah Alam ini, dia membuat keputusan untuk keluar daripada pasukan badminton negara kerana mengalami kecederaan di bahagian pinggang tidak lama dahulu. Biarpun begitu, dia masih lagi aktif bermain sukan tersebut dan kini mewakili sebuah kelab tempatan.

“Dulu saya bermula dengan sekolah sukan Bukit Jalil dan kemudiannya bermain untuk pasukan negara. Tetapi saya dah pun keluar dari pasukan itu pada tahun lepas sebab saya mengalami kecederaan di pinggang”

“Kalau dulu saya main untuk pasukan negara kini saya main untuk kelab dan daerah seumpamanya” jelasnya

Mengenai perjalanan seninya yang baru sahaja bermula, selepas mengeluarkan single pertama nya yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini,Syahmi bakal sertai program realiti Lagu Cinta Kita musim kedua yang telah pun bersiaran sejak beberapa minggu lalu. Bagi persembahan Syahmi pada 29 November ini, dedahnya dia telah membuat beberapa persiapan awal dan turut bersedia dengan segala kemungkinan.

” 29 November ini adalah penampilan saya yang pertama dalam pentas yang besar”

“Buat masa ini, saya nak fokus menyanyi, fokus dengan apa yang saya buat sekarang macam pertandingan Lagu Cinta Kita, Insyallah saya akan buat yang terbaik” tambahnya lagi

Video muzik Mungkir kini telah dimuatnaik di laman YouTube Indigital Music manakala video lirik muzik single pertama Syahmi itu telah mendapat 100 ribu tontonan.

YouTube video

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Syahmi Irfan
https://lomp.at/cuk72
Share22Tweet14SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem