Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Be Strong My Love” – Dr Sheikh Muszaphar Dijangka Timang Bayi Kembar Kedua Hari Ini

by Khai Azfar
November 20, 2020
Share on Facebook

Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor telah memaklumkan isterinya Datin Dr Halina Mohd Yunos akan melahirkan anak kembar mereka pada hari ini menerusi kaedah pembedahan.

Dibedah Jam 9 Pagi

Menerusi hantaran di laman Instagram nya itu, angkasawan negara tersebut menyatakan Dr Halina akan dibedah pada jam 9 pagi ini dan segala persiapan buat si ibu dan anak-anak mereka juga telah dibuat.

Jelas Dr Sheikh Muszaphar, mereka telah dinasihatkan untuk menjalani proseduri itu pada minggu lalu namun Dr Halina berjaya menahan sehingga 35 minggu. Terdahulu menerusi artikel Murai.my, Dr Sheikh Muszaphar mendedahkan isterinya yang tercinta menghidap penyakit pre-eclampsia dan keadaan ini membawa risiko kepada nyawa ibu dan bayi sekiranya tidak dirawat dan menunggu lebih lama.

“Alhamdulillah- tepat pada waktunya”

“Dr Halina akan dimasukkan ke hospital hari ini (semalam) untuk C-Section pada pukul 9 pagi esok (hari ini). Ini yang terbaik untuk ibu dan bayi-bayi. Kami dinasihatkan untuk melahirkan bayi tersebut seawal minggu lalu tapi berjaya bertahan sehingga 35 minggu.
“Dalam kes pre-eclampsia, satu-satunya rawatan yang ada adalah dengan melahirkan bayi itu. Ia sangat berisiko untuk menunggu lebih lama” tulisnya

Pilih Tarikh 20.11.2020

Dedahnya lagi, mereka memilih tarikh hari ini kerana mengharapkan ianya akan diberkati untuk semua selain turut mendoakan agar Allah permudahkan segalanya

“Kami memilih hari Jumaat 20.11.20 dengan harapan ia akan menjadi baraqah untuk semua. Semoga Allah permudahkan segalanya,” kongsinya lagi

Dalam pada itu, dalam hantaran susulan beliau turut menyatakan mempunyai perasaan yang bercampur baur menantikan kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka dan mengucapkan terima kasih atas doa yang dititipkan oleh orang ramai sebelum ini.

View this post on Instagram

A post shared by Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar)

Pasangan ini telah mendirikan rumahtangga pada 10 Oktober 2010.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan pasangan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
anak kembar dr sheikh muszapharDatuk Dr Sheikh Muszaphar shukor
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Sajian Dalam Sungai Cetus Perdebatan, Netizen Bangkitkan Isu Kebersihan Dan Keselamatan Makanan

  2. 2

    Kirby, Toxic Friendship & English Suspek Antara 4 Perkara Dalam Surat Suspek Tikam Pelajar Jadi Perdebatan

  3. 3

    Bukan Selebriti, Ini Latar Belakang Isteri Baharu Aamir Khan

  4. 4

    Ramai Tak Sangka Kota Bharu Ada Kafe Pencuci Mulut Macam Ini! Daughter Bakes Jadi Port Wajib Singgah Peminat Kek & Pastri Perancis

  5. 5

    Tak Ramai Tahu! iBita Pulau Pinang Sedia Bantuan Untuk Pelajar IPT

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara