Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Midnight Fusic Kembali, Muncul Dengan Lagu Melayu Pertama

by Khai Azfar
November 20, 2020
Share on Facebook

Selepas muncul dengan lagu mereka yang mendapat 1 juta mainan,‘Lovesick’ kugiran rock alternatif dari Malaysia Midnight Fusic kini kembali dengan bergabung minda bersama rakan karib mereka,Pijar untuk single Bahasa Melayu pertama berjudul ‘Sandiwara’.

Pertaruhkan Single Bahasa Melayu Pertama 

Terdiri daripada empat orang pemuda dengan cinta untuk muzik psikedelik yang telah membawa mereka ke pentas festival muzik antarabangsa, Midnight Fusic merangkumi pemain gitar Arif Kamarudin, penyanyi dan pemain gitar utama Adrian Danial, pemain bass Firdaus Azmi dan pemain drum Muaz Rabbani.

“Kami telah lama ingin mengeluarkan lagu dalam Bahasa Melayu atau Indonesia, dan gabungan kami dengan Pijar membuatkan proses pembikinan lagu ini amat mudah” kata mereka dalam edaran pihak media

Dihasilkan Dalam Masa Sehari

Difahamkan, Lagu ‘Sandiwara’ ini hanya dihasilkan dalam masa satu hari dan ianya merupakan karya ciptaan Jack Alfredo daripada kugiran Indonesia Pijar, bersama dengan Midnight Fusic yang menambahkan gaya mereka dalam lagu ini. Kumpulan ini menyifatkan Sandiwara sebagai lagu yang mudah untuk didengari oleh orang ramai dan ingin lagu ini ditafsirkan sendiri oleh pendengar mengikut perasaan mereka.

“Lagu Sandiwara ini adalah lagu Bahasa Melayu pertama yang kami inginkan. Inilah lagu yang menampilkan kegembiraan dalam hidup kita dan mengingatkan kami tentang persahabatan antara kami dan Pijar,” ujar pemain gitar Midnight Fusic, Arif Kamarudin.

“‘Sandiwara’ merupakan lagu yang sudah tentunya akan membuat pendengar tersenyum, dan membawa perasaan gembira kepada pendengar. Kawan baik kami, Dennis Ferdinand, yang membuat vokal tambahan dalam lagu ini memang telah membawa semangat baru kepada lagu ini.” kata pemain gitar utama Midnight Fusic, Adrian Danial.

Biarpun perancangan untuk mengeluarkan album Bahasa Melayu belum lagi diatur oleh Midnight Fusic, lagu ‘Sandiwara’ boleh dilayari menerusi semua platform penstriman muzik antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBOX, Spotify, YouTube dan Youtube Music.

YouTube video

midnight fusic
https://lomp.at/tj772
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem