Finalis Semi Final Muzik-Muzik Jalani Ujian Swab COVID-19

Menerusi edaran kepada pihak Murai.my, Sistem Televisyen Malaysia Berhad (“STMB”) sedang bekerjasama rapat dengan KKM dan juga Alif untuk mendapatkan maklumat terperinci pergerakannya bagi langkah-langkah mengurangkan risiko kebarangjangkitan, kepada warga kerjanya dan semua yang terlibat dalam program Muzik Muzik 35 Separuh Akhir.

Mesti Baca

Masih Bebas & Dituduh Bersembunyi, Nur Sajat Beri Respon Mengejutkan!

Ketika semua media arus perdana melaporkan bahawa usahawan, Nur Sajat diburu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), lain pula berlaku...

Cardi B Kongsi Dedah Alasan Nekad Buat Pembedahan Plastik

Cardi B menyatakan bahawa beliau berasa sangat yakin setelah menjalani pembedahan plastik. Rapper wanita yang menjalani prosedur implan payudara...

Menyelerakan! Elyana Kini Jalankan Perniagaan Berasaskan Sambal Masakan

Meskipun rata-rata peminat sedia maklum bahawa penyanyi Elyana merupakan seorang pesakit kanser yang kini telah berada di tahap empat,...

Semalam,penyanyi dan pengacara Alif Satar berkongsi khabar yang mengejutkan yang mana dirinya telah disahkan positif wabak COVID-19 selepas menjalani ujian pemeriksaan.

Alif Positif, Produksi & Artis Jalani Ujian Swab

Susulan daripada itu, program Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) episod 3 yang juga penentuan bagi 12 lagu yang akan diumumkan mara ke Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) pada malam tadi telah ditunda dan diadakan semula pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak. Terdahulu, Alif sempat membuat persembahan pada episod pertama SFMM35 pada Jumaat lalu (20 November) apabila lagunya berjudul ‘I Want You To Love Me’ turut tersenarai sebagai 30 buah lagu yang berjaya mara ke peringkat itu.

View this post on Instagram

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

IKLAN




Dalam perkembangan lain, selain pihak produksi rata-rata penyanyi yang membuat persembahan pada ketiga-tiga episod SFMM termasuklah yang menjalani latihan pada petang semalam berkongsi khabar berita pada peminat bahawa mereka telah pun menjalani ujian swab wabak tersebut. Sesetengah daripada mereka pula akan membuat ujian pemeriksaan itu pada hari ini.

Dapatkan Kontak Rapat

Menerusi edaran kepada pihak Murai.my, Sistem Televisyen Malaysia Berhad (“STMB”) sedang bekerjasama rapat dengan KKM dan juga Alif untuk mendapatkan maklumat terperinci pergerakannya bagi langkah-langkah mengurangkan risiko kebarangjangkitan, kepada warga kerjanya dan semua yang terlibat dalam program Muzik Muzik 35 Separuh Akhir. Pada masa yang sama, kerja-kerja sanitasi di lokasi terbabit juga dilaksanakan mengikut Prosedur Operasi Standard (“SOP”) oleh KKM.

Terkini

Dahsyat! 4 Item Ini Habis Dijual Setelah Digunakan Oleh Rosé Blackpink

Sebut sahaja BLACKPINK, sudah tentu membayangkan sebuah kumpulan K-Pop wanita yang sangat terkenal sehingga peringkat antarabangsa. Apa sahaja yang...

Artikel Berkaitan