Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Ebit Lew Tawar Penginapan Hotel 4 Bintang Buat Waris Pesakit Luar Bandar

by Khai Azfar
November 25, 2020
Share on Facebook

Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew menerusi hantaran di laman Instagram nya menawarkan penginapan secara percuma di Hotel Premiera KL buat waris dan pesakit dari luar bandar yang datang ke Kuala Lumpur.

Percuma Buat Waris Pesakit 

Penginapan di hotel berstatus 4 bintang itu ditawarkan buat mereka yang mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL). Jelas ikon kesayangan ramai ini, penginapan itu diberikan kepada sesiapa yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama .

“Pohon doakan ya penginapan kasih umat secara percuma pada waris pesakit yang datang ke Kuala Lumpur untuk dapatkan rawatan IJN dan HKL.

“Kepada yang benar-benar memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama. Penginapan di Hotel Premiera KL. Jika sesiapa benar memerlukan boleh hubungi 01170772380. Insya-Allah kos penginapan saya akan tanggung.

“Terima kasih Premiera Hotel yang sangat baik dan memudahkan urusan dan impian saya. Cantik dan sangat selesa. 4 bintang. Semoga menjadi asbab kebaikan,” tulisnya

Rata-rata pengikut Ebit di laman Instagram memuji serta turut berasa terharu apabila ikon ini tidak putus memberikan bantuan buat mereka yang dalam kesusahan tanpa mengira sebarang faktor.

View this post on Instagram

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Sekadar info, pada 14 November lalu Ebit Lew telah menyerahkan sumbangan barangan dapur kepada 250 pemandu bas dan van sekolah yang terkesan berikutan , Covid-19 yang melanda negara sejak Mac lalu menyebabkan kebanyakan mereka terpaksa mengambil ikhtiar lain bagi menyara keluarga.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Ustaz Ebit Lew
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  5. 5

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara